Keputusan awal tak rasmi letakkan Pakatan mendahului di Seri Setia 


Chan Kok Leong

Calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar ketika membuang undi pada pilihan raya kecil Seri Setia hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2018

KEPUTUSAN awal tidak rasmi bagi pilihan raya kecil Seri Setia meletakkan calon Pakatan Harapan mendahului dengan 338 undi.

Data yang dikumpul dari empat pusat mengundi oleh Institut Darul Ehsan menunjukkan calon PKR Halimey Abu Bakar mendapat 1,198 undi berbanding calon PAS Dr Halimah Ali yang mendapat 860 undi.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya Shaharuddin Badaruddin akibat kanser pada 2 Ogos lalu.

Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, Shaharuddin mendapat 29,250 undi untuk menewaskan calon Barisan Nasional Yusoff M Haniff (9,878) dan calon PAS Mohd Ghazali Daud (4,563) dengan majoriti 19,372 undi. Calon bebas S Vigneswaran LM Sanasee hanya mendapat 217 undi. – 8 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen