SABAH menikmati peningkatan jumlah pelancong dari Singapura hasil sistem penerbangan yang baik antara pulau dan negeri itu.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew berkata Sabah merupakan tarikan terbaik rakyat Singapura kerana berdekatan dengan pulau republik itu yang hanya mengambil 2.5 jam perjalanan menaiki kapal terbang.
“Singapura adalah pasaran penting bagi Sabah,
“Republik itu akan terus jadi antara salah sepuluh sumber utama bagi Sabah,” kata beliau ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean di Kota Kinabalu.
Termasuk yang hadir adalah isteri DPM Singapura, Che Poh Yim, Pesuruhjaya Tinggi Singapura Vanu Gopala Menon dan isterinya, Jayanthi Menon serta Menteri Kanan Komunikasi, Informasi, Budaya, Masyarakat dan Belia Singapura Sim Ann.
Rombongan itu diberi taklimat ringkas mengenai kemajuan sector pelancongan Sabah oleh Badan Pelancongan Negeri (BPN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar.
Sebanyak 28 kapal terbang beroperasi setiap minggu menghubungkan Sabah dan Singapura, dengan promosi berterusan di Singapura, pasaran itu terus berkembang di samping penambahbaikan yang dilaksanakan pihak BPN.
Untuk tahun lalu sahaja, sejumlah 23,016 warga Singapura melawat negeri tersebut. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 4.5% sejak tahun 2016.
Sementara itu, pengurus besar BPN Suzaini Sabdin Ghani memberitahu pihak rombongan bahawa pihaknya sedang mempersiapkan Sabah menjadi kawasan peranginan, percutian dan destinasi kembara terbaik bagi keseluruhan rantau ini.
Beliau mengatakan pihak negeri juga turut mengikuti persidangan-persidangan pasaran dan sekarang sedang menunggu untuk menyempurnakan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hujung tahun ini.
Beliau turut berkata, penambahan sejumlah 3,815 bilik hotel dijangka wujud di seluruh Sabah untuk empat tahun akan datang.
Katanya lagi, pihak negeri pada waktu ini sedang berdepan dengan kekurangan bilik berikutan pertambahan jumlah kedatangan pelancong ke dalam negeri. – 7 September, 2018.
Komen