Hospital kerajaan, swasta perlu kongsi sumber tingkat sistem kesihatan negara


Looi Sue-Chern

KERJASAMA antara hospital kerajaan dan swasta perlu diambil kira sebagai langkah untuk meningkatkan sistem kesihatan di bawah situasi semasa ekonomi negara.

Ketua pegawai eksekutif bahagian kesihatan dan pendidikan Sunway Group Dr Lee Weng Keng berkata hospital kerajaan dan swasta boleh berkongsi kemudahan seperti katil, teknologi perubatan dan bakat yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada pesakit.

“Saya fikir perkongsian sumber ini oleh memanfaatkan sistem kesihatan Malaysia,” katanya pada sidang media di Hotel Sunway di Seberang Jaya hari ini.

Beliau berkata hospital kerajaan kekurangan katil ekoran situasi ekonomi semasa yang menyebabkan pesakit beralih-arah daripada mendapatkan perkhidmatan klinik dan hospital awam, sedangkan hospital swasta memiliki lebihan katil.

Katanya perlu ada skim dilaksanakan untuk membolehkan pesakit yang tidak mendapat rawatan di kemudahan awam, diberi pilihan berbuat demikian di hospital swasta dengan kadar yang boleh dirunding.

“Terdapat banyak inovasi terbaharu dalam teknologi perubatan yang masih belum dimiliki oleh hospital awam ekoran kekangan bajet, tetapi hospital swasta yang mempunyai kemudahan ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Pusat perubatan Sunway Group bernilai RM400 juta akan dibina di Seberang Jaya dan bakal dilengkapi 350 katil. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 7 September, 2018.

“Di sinilah sepatutnya kerjasama (antara hospital awam dan swasta) boleh dilaksanakan. Hospital awam perlu melihat kemungkinan untuk menghantar sesetengah pesakit ke hospital swasta. Tetapi kadarnya (harga rawatan) perlulah boleh dirunding.

“Hospital swasta kebiasaannya mengenakan bayaran yang tinggi kerana kos kemudahan yang baik.

“Kerajaan perlu berkompromi dan memberi pampasan yang adil kepada hospital swasta jika mengambil kes pesakit dari hospital awam. Setidak-tidaknya subsidi boleh diberikan kepada mereka.”

Terdahulu,  Dr Lee berkata kerajaan sedia maklum tentang kos kesihatan yang semakin meningkat dalam sektor awam, sekali gus menyebabkan kerajaan terdahulu memperkenalkan Skim Insurans Kesihatan Sukarela yang dibentangkan pada Bajet 2018 tahun lalu.

“Kerajaan perlu sentiasa meneliti sistem perbelanjaan kesihatan negara. Pelaksanaan skim tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk memilih perkhidmatan hospital kerajaan atau swasta.

“Menerusi skim itu, perlu menyediakan kadar yang boleh dirunding berbanding kadar pasaran pada masa kini.”

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen