Warisan perlu berhati-hati dengan kepulangan Musa


Jason Santos

Penyokong bekas ketua menteri Sabah Musa Aman menanti kepulangannya di Kota Kinabalu kelmarin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 September, 2018.

WALAUPUN diselubungi tuduhan rasuah, kepulangan ketua menteri Sabah pada Rabu bakal membuat kerajaan negeri Sabah yang ditadbir oleh Warisan semakin berhati-hari berhubung dasarnya sementara terus kekal memegang kuasa.

Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain berkata kepulangan Musa membawa isyarat kembalinya “ketua menteri yang sah”, yang sama seperti Presiden Warisan Shafie Apdal yang dilantik secara sah sebagai ketua menteri.

“Kami tidak melihatnya sebagai kepulangan pemimpin hebat Umno, tetapi juga ketua menteri yang sah dan dilantik mengikut perlembagaan.

“Kepulangan Musa membawa mesej jelas bahawa kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan dan dihormati kepada kerajaan sedia ada,” katanya.

Aziz merujuk kepada perbalahan antara bekas ketua penerangan Umno Sabah itu dengan Shafie berkenaan siapa yang lebih sah menjadi ketua menteri.

Musa menang pusingan pertama selepas mahkamah di Sabah menolak permohonan Shafie untuk membatalkan saman Musa mendakwa beliau ketua menteri yang sah.

Krisis itu juga membawa kepada berakhirnya Barisan Nasional di Sabah dan pembentukan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) susulan kerjasama antara Umno Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti) diketuai oleh Jeffrey Kitingan.

Musa mendakwa memegang majoriti 31 daripada 60 kerusi DUN ketika dilantik sebagai ketua menteri pada 10 Mei, sementara Shafie mendakwa mendapat majoriti 34 kerusi pada 11 Mei selepas beberapa Adun Umno dan parti lain menyertai Warisan. – 7 September, 2018.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen