Pelajar bukan Cina bertambah, pelajar Cina berkurang di SJKC


Bede Hong

Pelajar bukan Cina semakin bertambah di SJKC menurut Jiao Zhong.-Gambar fail, 7 September, 2018.

REKOD menunjukkan penurunan kemasukan pelajar ke sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKCS) sejak satu dekad lalu, jumlah itu menunjukkan keseluruhan kadar kelahiran baru, lapor Malay Mail.

Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zhong) mengatakan Kementerian Pendidikan menunjukkan data bahawa jumlah pelajar berada di tahap kemuncaknya pada tahun 2004 sebanyak 645,862 orang dari 1,290 buah sekolah rendah Cina.  Jumlah itu menurun sehingga kurang daripada 600,000 pada 2011 dengan bilangan 518,543 pelajar pada tahun ini.

Dalam laporan 10 muka surat yang diterbitkan baru-baru ini, Jiao Zong mengatakan pengurangan itu boleh dijelaskan berdasarkan kadar kelahiran baru di kalangan kaum Cina di samping bertambahnya  banyak sekolah antarabangsa dan swasta.

Laporan itu turut menyatakan jumlah pelajar sekolah kebangsaan jatuh daripada sekurang-kurangnya 2.3 juta pada 2008 sehingga 2.1 juta masa ini. Bagi sekolah kebangsaan Tamil pula penurunan menunjukkan 22.5 peratus sepanjang tempoh yang sama sehingga berjumlah 81,488 orang bagi tahun ini.

Mengikut Jabatan Statistik, wujud trend umum pada tahun-tahun lalu dari sudut kadar kelahiran kasar negara di tahap 17.6 dibanding 1,000 orang populasi penduduk pada 2011, 17.8 (2012), 16.7 (2013), 17.2 (2014), 16.7 (2015), 16.1 (2016) dan 15.8 (2018).

Laporan-laporan berita mengatakan Malaysia sedang menuju ke sebuah negara tua seawal tahun 2030 kerana penurunan kadar kelahiran di kalangan warga Malaysia.  

Perak mendahului dari jumlah penurunan itu dengan 32.3%, diikuti Kedah (29.35%), Terengganu (25.6%) dan Pahang (22.4%). Manakala SJKC di Johor pula kehilangan paling banyak pelajar dari 2008 sehingga 2018 dengan pengurangan 21,637 pelajar pada masa ini.

Laporan Jiao Zhong turut menggaris bawahi penurunan paling sedikit di Sabah dengan kadar 1.5%, persatuan guru-guru Cina itu mengatakan bahawa ibu bapa bukan Cina di negeri itu semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke SJKC.

 “Jadi, walaupun penurunan pelajar di kalangan etnik Cina, kerana pertambahan pelajar bukan Cina di  SJKC menunjukkan sekolah itu masih mempunyai sumber kemasukan pelajar,” kata laporan itu lagi sekaligus menambah jangkaan-jangkaan kesenjangan itu akan terus melebar.

Pada tahun 2018 pula, pelajar bukan  Cina berjumlah 58.1% atau 20,722 orang dari jumlah keseluruhan 35,668 pelajar di 83 buah SJKC di Sabah. – 7 September, 2018.

.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen