Suruhanjaya pelabuhan tidak terhad kepada lantikan politik sahaja, kata Loke


Looi Sue-Chern

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (dua dari kiri) dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (dua dari kanan) menyaksikan majlis menandatangani antara Royal Caribbean Cruise dengan Pelabuhan Pulau Pinang Sdn Bhd di George Town hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 6 September 2018.

LANTIKAN bagi ahli lembaga suruhanjaya pelabuhan tidak hanya terdiri individu daripada parti politik, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Ia tidak akan seperti masa lalu,” katanya pada sidang akhbar di Pulau Pinang selepas menyaksikan menandatangani perjanjian antara Pelabuhan Pulau Pinang dan Royal Caribbean Cruises untuk membina semula Terminal Swettenham Pier Cruise.

“Sebelum ini, mereka semua daripada parti politik, tetapi kami tidak akan melakukannya. Kami mahu mempunyai lebih banyak profesional dalam lembaga, wakil yang sesuai daripada pelbagai industri.”

Loke berkata akan ada kombinasi pihak berkepentingan yang duduk dalam lembaga, yang juga termasuk lantikan politik.

Beliau diminta mengulas mengenai jawatan pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang yang masih belum diisi.

Jawatan itu sebelum ini dipegang ahli politik MCA ketika Barisan Nasional memegang tampuk kuasa.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan mahu mempunyai lebih ramai profesional dalam lembaga suruhanjaya pelabuhan dan wakil yang sesuai daripada pelbagai industri. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 6 September 2018.

Loke berkata PPC bukan satu-satunya yang memerlukan pelantikan baru, memandangkan jawatan pengerusi pesuruhjaya bagi pelabuhan di Klang, Johor, Labuan dan Bintulu juga kosong.

“Pengerusi dilantik oleh Agong, atas cadangan perdana menteri. Terdapat sedikit kelewatan kerana terdapat banyak lantikan yang akan dibuat.

“Nama-nama masih disaring dengan teliti untuk memastikan kami melantik orang yang tepat,” katanya. – 6 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen