MUSA Aman hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini bagi memberi keterangan.
SPRM sedang menyiasat Musa atas dakwaan pemberian rasuah berjumlah RM20 juta kepada Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti) Jeffrey Kitingan sebagai habuan bagi kerjasamanya dengan ahli Parlimen Keningau itu.
Sebelum ini, Gabenor Sabah Juhar Mahiruddin melaporkan kepada pihak polis mendakwa ada ugutan jenayah daripada bekas ketua menteri itu setelah Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 mei lalu.
Bekas ketua menteri itu juga sempat mengangkat sumpah bagi penggal baru namun namun beliau diganti oleh presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Shafie Apdal sebagai ketua menteri yang sah kerana memenangi sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.
Musa dilaporkan tiba di Kuala Lumpur semalam setelah menghabiskan masa bersama penyokong di rumahnya di Luyang, Kota Kinabalu.
Sebelum berlepas beliau sempat mengangkat sumpah sebagai Adun Sibuga di hadapan Ketua Speaker DUN Sabah Syed Abbas Syed Ali dan sejurusnya memberitahu pemberita bahawa dia bukan “buruan polis”, seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Bekas ketua menteri BN itu tidak berada di dalam negara sejak 14 Mei lalu, dan memberitahu beliau sedang menerima rawatan perubatan di London.– 6 September, 2018.
Komen