MALAYSIA dan Singapura bersetuju untuk menangguhkan projek pembinaan rel kelajuan tinggi (HSR) sehingga Mei 2020.
Satu kenyataan bersama Malaysia - Singapura menyebut, Malaysia akan menanggung kos penangguhan dan kos selanjutnya jika ia masih belum dimulakan pada 31 Mei 2020.
Sehubungan itu juga, tender antarabangsa yang dibuka untuk projek berkenaan kini dibatalkan, menurut kenyataan itu.
Tender untuk HSR Assets Company itu dibuka oleh SG HSR Pte Ltd dari Singapura dan MyHSR Corporation Sdn Bhd.

Dengan itu perkhidmatan HSR itu dijangka hanya akan dapat dimulakan pada 1 Januari 20131 dan bukannya pada 31 Disember 2026.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali bertukar dokumen perundangan berhubung projek berkenaan dengan Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan.
Dokumen itu menggariskan butiran perjanjian baharu berdasarkan persefahaman baharu yang dicapai.
Upacara berkenaan disaksikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Dr Wan Azizah Wan Ismail di Putrajaya.
Turut menyaksikannya adalah Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean. – 5 September, 2018.
Komen