DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menamatkan kontrak dengan pemaju Plaza Rakyat jika tidak mematuhi perjanjian, kata Khalid Samad.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata tindakan tersebut akan diambil terhadap pemaju sekiranya gagal membayar tunggakan.
“Jika mereka boleh membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, maka masalah selesai.

“Kita telah beri mereka masa untuk patuh perjanjian. Kita akan ambil tindakan (jika gagal membayar),” kata Khalid selepas melawat projek mengindahkan lorong belakang Bukit Bintang hari ini.
Pemaju berkenaan telah diberi tempoh sehingga akhir bulan ini bagi menjelaskan bayaran tunggakan kepada DBKL sebelum kontrak ditamatkan sekiranya gagal berbuat demikian.
Pemilik lot Plaza Rakyat juga berang apabila DBKL mencuci tangan mengenai pampasan bagi projek yang terbengkalai sejak 20 tahun lalu. – 4 September, 2018.
Komen