Ada ahli PKR cemburu dengan kejayaan saya, kata Azmin


Kamles Kumar

Penyandang timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa ada musuh dalam parti yang 'cemburu' dengan kejayaannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 September, 2018.

PENYANDANG timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa ada musuh dalam parti yang “cemburu” dengan kejayaannya.

Menteri hal ehwal ekonomi itu berkata lawan beliau cemburu dengan pencapaiannya semasa menjadi menteri besar Selangor.

“Di Selangor, saya telah diserang dan difitnah. Ada yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap saya.

“Mengejutkan apabila saya mendapati ia bukan dilakukan orang luar tetapi musuh dalaman,” kata Azmin pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) 2018 PKR Selangor.

Ahli Parlimen Gombak itu menambah, mereka cemburu terhadap kejayaan beliau semasa menjadi menteri besar pada 2014.

“Mereka cemburu dengan kejayaan Selangor. Saya tidak menyerang mana-mana individu sampai ada yang kata saya ini terlalu diam.”

Beliau tidak mahu melayan semua dakwaan itu kerana kebenaran akhirnya akan terbongkar.

“Tetapi, saya bersabar, saya bersabar kerana saya tahu saya di pihak yang benar,” kata Azmin. – 2 September, 2018.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen