Jangan guna gerakan Reformasi untuk raih jawatan, kata Afif pada kem Rafizi


Kamles Kumar

SELEPAS 20 tahun, gerakan reformasi tidak seharusnya dicemari dengan tindakan sesetengah ahli PKR yang mahukan kedudukan dalam parti semata-mata, kata Dr Afif Bahardin.

Penyandang ketua Pemuda PKR itu berkata terdapat sesetengah ahli, yang bertanding dalam pemilihan, menjejaskan imej parti dengan menyerang sesama sendiri.

“Ada pihak yang mendakwa bahawa mereka adalah gerakan reformasi tulen, tetapi bukankkah kita semua adalah sebahagian daripada reformasi. Reformasi tercetus daripada rakyat.

“Ini bukan platform untuk kita bertempur, merungut dan mengherdik. Jangan cemarkan gerakan reformasi semata-mata untuk mendapatkan jawatan,” kata Dr Afif pada ucapan pembukaan perhimpunan agung PKR Selangor.

Afif berkata demikian merujuk kumpulan yang diketuai penyandang naib presiden PKR Rafzi Ramli yang mendakwa mereka adalah gerakan reformasi “sebenar” bagi meneruskan perjuangan parti.

Afif, yang merupakan calon ketua Pemuda PKR, menambah daripada mengundi pemimpin yang belum teruji, adalah lebih baik mengundi pemimpin seperti Azmin Ali.

Penyandang ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata ahli PKR harus memilih sosok seperti Azmin Ali dan Amiruddin Shari untuk menerajui parti kerana kepimpinan mereka terbukti di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 September, 2018.

“Jika kamu pilih pemimpin, pilihlah daripada kalangan mereka yang sudah teruji. Untuk menguji sikap seseorang, beri dia kuasa.

“Kepimpinan Selangor yang dipimpin oleh Azmin dan Amiruddin, mereka adalah pemimpin reformasi yang sudah teruji,” katanya merujuk kepada Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari.

Sementera itu, calon ketua Wanita PKR Haniza Talha berkata terdapat orang dalam yang cuba untuk memusnahkan kejayaan kerajaan negeri Selangor, yang merupakan sumber kebanggaan parti.

“Ahli parti jenis kamu ini, jika kamu cuba untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan parti kamu sendiri?” soalnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya itu menggesa biro disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

“Saya sudah meminta biro disiplin untuk ambil tindakan terhadap individu-individu ini,” kata Haniza.

Perbalahan dalam pemilihan PKR dicetuskan oleh perebutan jawatan timbalan presiden antara Rafizi dan Azmin.

Anwar Ibrahim menang jawatan presiden tanpa bertanding awal bulan lalu.

Pertembungan Rafizi-Azmin mencerminkan perebutan untuk jawatan lain. – 2 September, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen