KEPUTUSAN untuk tidak memberikan kontrak lebih mudah kepada Bumiputera dilihat sebagai satu langkah berani, kata penganalisis.
Ia juga langkah yang boleh menghakis sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan, kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar.
“Umno dan PAS akan gunakan ini untuk menyerang Pakatan bagi mendapatkan sokongan Melayu,” kata Tunku Mohar.
Katanya dasar sebegitu perlu ditadbir bersama dasar lain yang membantu meningkatkan kebersaingan Bumiputera.
Sementara itu Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berpendapat ucaptama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang memfokuskan kepada meningkatkan etika perniagaan merupakan satu langkah yang baik.

“Beliau cuba mengelakkan kegagalan DEB (Dasar Ekonomi Baru), yang diperjuangkan Dr Mahathir pada 1980an.
“Dan sekiranya Pakatan mahu memperbetulkan kesilapan sebelum ini, ia perlu mengambil langkah berani seperti ini yang kemudiannya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan Melayu,” kata pensyarah pengajian Melayu itu.
Pada Kongres Ekonomi Melayu ketiga semalam, Dr Mahathir berkata kerajaan akan memansuhkan kontrak Bumiputera kepada mereka yang “menjual” atau “sub-kontrakkan” ia kepada pihak ketiga.
Bekas perdana menteri Najib Razak sebeum ini juga cuba membuat penstrukturan semula ekonomi Bumiputera pada 2010 dengan meliberalisasikan beberapa sektor yang dilindungi.
Dasar yang dicadangkan itu juga menyasarkan untuk menggandakan perdapatan perkapita dan menukar tindakan afirmatif daripada berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan.
Namun bantahan daripada sektor konservatif Umno memaksa Najib untuk meninggalkan NEM dan kembali kepada DEB.

Tunku Mohan berkata tindakan Pakistan menunjukkan ia memerlukan kumpulan usahawan Melayu yang lebih kompetetif yang mampu bersaing dengan yang lain.
“Ia juga cuba melepaskan orang Melayu daripada terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Memang ada banyak agensi yang akan membantu usahawan Melayu, “kata Tunku Mohar.
Kekurangan insentif tambahan bermakna perniagaan Bumiputera perlu menggunakan kemudahan sedia ada.
“Tetapi bagi mereka yang kurang kompetitif, mereka akan merasa tertekan dan menyalahkan Pakatan kerana kegagalan mereka,” kata Awang Azman.
Kongres ekonomi Melayu pada tahun 1965 dan 1968 melahirkan institusi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Bank Bumiputera, dan pelbagai skim insentif usahawan Melayu. – 2 September, 2018
Komen