Kerajaan runding semula syarat CPTPP, kata Dr Mahathir


Zaim Ibrahim

Kita akan terus merundingkan CPTPP dan ia sedangkan dijalankan oleh pakar kita. Kita sudah bertemu dua kali dalam masa dua minggu lalu untuk melihat jika perjanjian ini baik atau buruk kepada kita, kata Dr Mahathir Mohamad hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 September, 2018.

KERAJAAN akan merunding semula syarat dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). untuk melindungi kepentingan negara.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia sepatutnya mendapat layanan khas kerana negara ini masih lagi sebuah negara membangun.

“Kita akan terus merundingkan CPTPP dan ia sedangkan dijalankan oleh pakar kita. Kita sudah bertemu dua kali dalam masa dua minggu lalu untuk melihat jika perjanjian ini baik atau buruk kepada kita.

“Kita juga seudah mengenal pasti beahagian yang tidak baik kepada kita dan kita akan rundingkan semula,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 hari ini mengenai tindakan yang akan dilakukan kerajaan dalam perjanjian CPTPPP. – 1 September, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen