MANIFESTO Pakatan Harapan digubal oleh pihak pembangkang yang tidak yakin mereka mampu mengambil alih kerajaan, tetapi gabungan itu tetap komited untuk menunaikan segala janjinya, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Banyak perkara yang kami letak dalam manifesto kerana fikir kami akan tetapi jadi pembangkang. Tetapi kini kami sudah jadi kerajaan, kami tidak biasa menjadi kerajaan,” katanya.
“Antara perkara yang kami letak dalam manifesto adalah untuk mengehadkan kuasa perdana menteri. Kemudian kami berkuasa, dan kami hadkan kuasa yang kami ada.
“Perdana menteri dengan dua penggal okay bagi saya. Jika ada perdana menteri pada usia 100 tahun, ia akan jadi rekod dunia,” kata pemimpin berusia 93 tahun itu.
Dr Mahathir berkata selepas mengambil alih Putrajaya, pemimpin Pakatan Harapan masih belum menyesuaikan diri menjadi kerajaan kerana terlalu lama menjadi pembangkang.
“Kami sedar bahawa kemenangan bukan mudah. Kami fikir ia adalah bahagian yang paling sukar.
“Kini kami menjadi kerajaan, ada sedikit perasaan tidak senang dalam kalangan rakyat yang telah membangkang kerajaan pemerintah selama 61 tahun, yang merasakan sukar untuk menjadi kerajaan.
“Mereka tidak tahu menjaga tingkah laku, tiba-tiba mereka merasakan manifesto itu bertentangan dengan mereka,” katanya pada sambutan Merdeka ‘Malaysians for Malaysia’ di Kuala Lumpur hari ini. – 31 Ogos, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen