Rakyat kini bebas, tak ditindas rejim lama, kata Dr Mahathir


Bede Hong

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila hadir majlis sambutan Merdeka, berjudul Harapan Malaysia Baru!, yang dianjurkan oleh Malaysian for Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2018.

RAKYAT Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-61 hari ini dengan perasaan lega dan bebas kerana regim lama sudah disingkirkan daripada kerajaan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. 

“Mereka berasa mereka tidak lagi ditindas. Sebelum ini mereka takut. Kamu tak boleh buat ini kamu tak boleh itu,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

“Jika kamu dilihat rapat dengan seseorang, ia salah.

“Dan kemudian datang cukai pendapatan dan minta kamu bayar lebih lagi cukai,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila hadir majlis sambutan Merdeka, berjudul Harapan Malaysia Baru!, yang dianjurkan oleh Malaysians for Malaysia.

Turut hadir menemani beliau adalah anaknya yang merupakan aktivis Marina Mahathir, Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga Hannah Yeoh, bekas exco Selangor Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah.

Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga Hannah Yeoh turut berucap pada majlis majlis sambutan Merdeka, berjudul Harapan Malaysia Baru!, yang dianjurkan oleh Malaysian for Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2018.

Kira-kira 200 orang yang hadir termasuk sekumpulan aktivis, berdiri dan memberi tepukan penghargaan kepada perdana menteri ketika beliau memasuki dewan masyarakat Bukit Damansara.

Dr Mahathir berkata PRU14 merupakan hari bersejarah apabila negara telah mencapai banyak rekod di bawaha kerajaan terdahulu.

“Mereka (kerajaan lama) mencapai jumlah wang curi terbesar,” katanya.

“Kita masih boleh berbangga dengan satu perkara. Kita telah menukar kerajaan tanpa berlaku sebarang keganasan dan pertumpahan darah. Ia satu peralihan secara aman.

“Ini merupakan pencapaian yang tidak ramai orang sedar atau menghargainya. Di kebanyakan negara, apabila sebuah kerajaan kleptokrasi ditumbangkan, keinginan untuk terus kekal amat tinggi. Dengan keinginan sedemikian, mereka sanggup melakukan apa saja demi mengekalkan kuasa.

“Namun rakyat mempunyai pilihan lain. Mereka memberi kemenangan kepada pembangkang dengan majoriti kecil.

“Walaupun keadaan huru-hara boleh berlaku tetapi rakyat memilih untuk menukar kerajaan. Kita berjaya melakukannya.”

Terdahulu, Yeoh berkata kerajaan baharu mahu penjawat awam menyahut cabaran untuk mengubah mentaliti mereka dan bekerja dengan beretika.

Namun beliau mengakui perubahan tersebut akan mengambil masa.

Selain itu katanya masyarakat Kuala Lumpur tidak perlu bimbang untuk bersuara menentang perkauman.

“Saya percaya Malaysia memberi peluang yang luas kepada setiap orang untuk menyuarakan pendapat. Saya berharap rakyat Malaysia akan dapat hidup bersama (secara harmoni).” – 31 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen