KITA dapat melihat senyuman yang lebih ceria dan bahagia pada Hari Kebangsaan kali ini. Ribuan rakyat mengibarkan bendera kecil sambil menyanyi dan tersenyum gembira. Semua orang gembira.
Namun, tidak semua gembira.
Terdapat segelintir ahli politik yang tidak gembira. Begitu juga dengan penyokong mereka. Bukan sahaja di dalam kem Barisan Nasional (BN) tetapi juga di pihak kerajaan.
BN gagal membentuk kerajaan buat kali pertama sejak merdeka dan pembentukan Malaysia pada 1963. Golongan dalam kerajaan pula melihat hala tuju kerajaan tidak seperti kehendak mereka, atau tidak kecewa kerana tidak menjadi sebahagian daripada eksekutif.
Namun kegembiraan ahli politik selalunya akan menjejaskan rakyat. Kini, kegembiraan rakyat adalah tanda kebahagiaan negara, dan secara umumnya Malaysia merupakan sebuah negara yang bahagia.
Namun ada lagi pihak yang masih tidak gembira. Sebagai contoh, Masyarakat Orang Asli Temiar. Tempat tinggal mereka iaitu hutan di Kelantan kini bertukar menjadi kawasan perladangan apabila tanah yang didiami dijual oleh kerajaan negeri.
Adakah ini adil? Adakah sesiapa di Malaysia sanggup bangkit menentang kemusnahan rumah seperti itu? Atau bolehkah kerajaan negeri terlepas dari sebarang tindakan kerana mereka mengawal tanah dan sumber air seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
Lagi pula, bukankah masyarakat Temiar juga sama seperti kita? Atau adakah darjat mereka lebih rendah? Dan tidak mempunyai hak ke atas kebahagiaan sendiri selain kebahagiaan yang ditetapkan oleh kerajaan semasa?

Jika begitu, fikirkan tentang dua lesbian yang ditangkap bersama sebuah alat seks di dalam sebuah kereta di Terengganu beberapa minggu lalu. Mereka didapati bersalah dan kini menunggu hukuman sebat yang dijangka dilaksanakan pada Isnin.
Adakah ini adil? Adakah ia sebenaranya satu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang? Membawa senjata secara senyap? Hubungan seksual secara haram? Di manakah empat saksi?
Bagaimana dengan sekumpulan penari berpakaian wanita yang mencari nafkah dengan menari di kelab malam? Ya, terdapat undang-undang negeri yang melarang pemakaian sedemikian tetapi adakah kita perlukan polis fesyen di negara ini?
Adakah ini yang dipilih rakyat Malaysia pada 9 Mei lalu?
Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi ia perlu dilihat dilaksanakan di seluruh Malaysia. Bagi penduduk Temiar, dua tertuduh lesbian dan penari berpakaian wanita.
Kita tidak banyak berubah sejak 9 Mei melainkan berjaya menumbangkan kerajaan lama yang diterajui BN dan menaikkan kerajaan PH di Putrajaya. Kerajaan negeri juga kelihatan hanyut dan tidak gemar pada perubahan.
Tapi kita juga begitu. Kita perlu mengubah minda dan memahami mereka yang dipinggirkan, dijauhi dan diabaikan.
Ya benar tidak semua boleh dan perlu merasa gembira. Namun setidak-tidaknya kita perlu mencuba. Rakyat Malaysia perlu memahami golongan yang tidak merasai keistimewaan seperti yang mengibarkan bendera pada hari ini dan kira-kira 16 hari lagi.
Masyarakat Temiar berjuang untuk tempat tinggal mereka. Dua tertuduh lesbian berjuang untuk hak mereka supaya tidak dihukum kerana membawa peralatan seks. Sekumpulan penari mahu menonjolkan diri mereka yang sebenar.
Siapakah kita untuk menafikan perjuangan mereka? Siapakah kita yang mahu menafikan senyuman di muka mereka?
Kita perlu lakukan dengan lebih baik. Kita perlu berubah untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat tinggal untuk semua dan hanya berfikir bahawa ia adalah tugas kerajaan. Itu fikiran yang salah.
Hanya diri kita yang boleh membuatkan semua orang tersenyum, seperti yang dilakukan pada 9 Mei.
* Jahabar Sadiq mengendalikan The Malaysian Insight.
Komen