Pelantikan Petron timbulkan konflik moral, dakwa Najib


Zaim Ibrahim

Bekas perdana menteri Najib Razak ketika menyambt Hari Merdeka bersama penyokongnya di Taman Botani Negara, Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2018

PELANTIKAN Petron sebagai pembekal minyak kepada kenderaan kerajaan hanya akan menimbulkan konflik ke atas keputusan dan moral kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad, dakwa bekas perdana menteri Najib Razak.

“Sudah tentu, timbul persoalan tentang soal pemilik Petron yang boleh menjadi konflik daripada segi keputusan, dan daripada segi moral” katanya kepada pemberita hari ini.

Kenyataannya itu timbul kerana anak kepada Dr Mahathir, Mirzan merupakan pemegang saham dan dan pengarah kepada syarikat induk Petron, Petron Corporation yang berpengkalan di Filipina.

Mirzan bagaimanapin tiak sebarang kepetingan dalam operasi syarikat itu di Malaysia, Petron Fuel International (Petron) yang dilantik sebagai syarikat ketiga untuk membekal bahan api kepada kenderaan kerajaan.

Najib juga tidak berpuas hati dengan penjelasan Kementerian Kewangan semalam bahawa pelantikan Petron dibuat demi kemudahan dan menggalakkan persaingan di kalangan pembekal bahan api tersebut kepada kenderaan kerajaan.

Katanya, jika mengikut alasan tersebut, kerajaan juga sepatutnya melantik syarikat lain untuk menyedia perkhidmatan tersebut.

“Jika alasannya adalah untuk kemudahan, mengapa Caltex dan BHP diketepikan sedangkan mereka mempunyai bilangan stesen yang hampir sama dengan Petron?” soalnya di Facebook.

Najib hari ini ditemui dalam satu majlis sambutan Hari Kebangsaan di Taman Tasik Perdana bersama isterinya Rosmah Mansor dan kira-kira 200 orang penyokong.– 31 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen