Di mana MCA ketika skandal 1MDB, soal Gobind 


Chan Kok Leong

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengkritik MCA kerana berdiam diri ketika skandal 1MDB didedahkan namun meminta ia disiasat selepas tewas pada PRU14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Ogos, 2018

MCA dikritik di Balakong malam tadi kerana menyokong bekas perdana menteri Najib Razak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, parti seperti MCA dan MIC menolak semua tuduhan melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad ketika mereka dalam kerajaan.

“Tetapi selepas mereka kalah, mereka mahu ia disiasat di Parlimen,” kata Gobind kepada kira-kira 100 penyokong terdiri daripada kamun India.

Beliau merujuk kepada pembukaan semula siasatan kes 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 16 Ogos.

Usul untuk membuka semula kes itu menerima sokongan daripada ahli Parlimen Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan PAS.

“Sudah bertahun mereka dalam kabinet dan sepatutnya mereka tahu apa yang berlaku. Tetapi mereka tidak lakukan apa-apa sebaliknya meminta kamu menyokong mereka sekarang.

“Jadi bolehkah kamu percaya kepada mereka?” soal Ahli Parlimen Puchong itu.

Beliau turut mengingatkan pengundi Balakong di Taman Putra Budiman bahawa parti seperti MCA, juga turut meminta mereka mengundi BN dan menyokong Najib pada PRU14.

“Tetapi beberapa bulan selepas itu, MCA tidak mahu guna bendera BN dan akan bertanding menggunakan logo mereka sendiri. Tetapi di Parlimen mereka masih bersama dengan BN,” kata Gobind.

MCA buat pertama kalinya akan bertanding pada pilihan raya menggunakan logo sendiri di pilihan raya kecil Balakong.

Gobind berkata BN juga salah urus kewangan negara walaupun ia membawa pembangunan kepada negara.

“Kerajaan sepatutnya kembalikan wang GST kepada peniaga dan perniagaan. Tetapi selepas mengambil alih, kita dapati tiada lagi duit dalam simpanan untik bayaran semula GST.

“Ke mana wang itu pergi?”

Turut hadir Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaram dan exco Selangor V. Ganabatirau.

Kerusi DUN Balakong koeong berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ada 20 Julai lalu.

Calon PH, Wong Siew Ki akan berdepan calon MCA Tan Chee Teong pada pilihan raya berkenaan. Pada pilihan raya lalu, Ng menang dengan 35,538 menewaskan calon BN Lim Chin Wah dan calon PAS, Mohamad Ibrahim Ghazali.

Ini merupakan pilihan raya pertama yang mana PAS menyatakan sokongan mereka kepada MCA.– 31 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen