Tugas siapa untuk realisasikan Bangsa Malaysia?


Looi Sue-Chern Bede Hong Jason Santos

Seluruh rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dan mengetepikan kaum sebagai identiti untuk merealisasikan Bangsa Malaysia.– Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Ogos, 2018

TUGAS siapa untuk merealisasikan Bangsa Malaysia?

Pencetus ideanya, Dr Mahathir Mohamad, mempunyai impian di mana rakyat Malaysia mengenali diri mereka berdasarkan identiti nasional berbanding etnik.

Idea itu dicetuskan ketika pentadbiran prtamanya sebagai prdana menteri dan diumumkan pada 1991 ketika berucap mengenai Wawasan 2020, manifestonya untuk membangunkan Malaysia dari segi ekonomi dan sosial.

Hampir tiga dekad selepas itu, dan dua tahun sebelum 2020, Dr Mahathir sekali lagi menjadi perdana menteri dan Bangsa Malaysia masih kekal impian, katanya pada sesi temubual dengan The Malaysian Insight baru-baru ini. 

Ia kekal menjadi impian kerana “ramai yag tidak memainkan peranan mereka”, kata pemimpin berusia 93 tahun itu. 

Kerajaan mahukannya, tambahnya, tetapi rakyat Malaysia lakukan perkara lain “kerana majoriti mahu dikenali menerusi kaum”.

Sambutan Hari Merdeka ke 61 hari ini adalah bagi mencerminkan kebenarannya dan ini apa pandangan beberapa individu terkenal di Malaysia:

*Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas pengerusi Majlis Perundingan Perpaduan Nasional Dr Mujahid Yusof Rawa:

Kita perlu memahami apa model yang telah kita gunakan sejak Kemerdekaan. Kami tidak mempunyai model “pencair periuk” seperti jiran-jiran kita Indonesia dan yang lain.

Kita adalah mangkuk salad. Kita masih mempunyai tomato, salad, lobak ... kami rojak. Sedangkan di Indonesia, mereka telah berubah kepada sesuatu yang baru, sebuah Bangsa Indonesia.

Kita kekal dengan identiti kaum dan pendidikan kita dengan sekolah kebangsaan dan vernakular. Ketika kita sedang bina Bangsa Malaysia, kita tidak sediakan ruang untuknya. Saya tidak menyatakan sekolah vernakular tidak penting. Perbezaannya adalah Indonesia tidak memilikinya.

Dr Mujahid Yusf Rawa. –  Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Ogos, 2018

Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Kita masih ada model sendiri untuk kekalkan kepelbagaian. Ini juga cabaran yang kita hadapi. 

Kita mungkin tidak mahu dikenali dengan kaum, tetap model yang kita terapkan di negara ini menjadiakn ia begitu. Kita akan terus jadi begitu selagi kita dipisahkan dengan bangsa, politik perkauman, perbezaan sekolah. Kita mahu pisahan penghalang ini tetapi mereka terus mendesak. 

Ianya sukar. Ia lebih teruk apabila kita - Melayu, Cina, India dan lain-lain - bersifat perkauman dalam banyak perkara. Ia menjadikan situasi lebih sukar. 

Apa yang kita boleh buat adalah pupuk rakyat Malaysia yang bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, yang berkongsi semangat patriptik yang sama terhadap negara, dan yang berkongsi visi yang sama untuk terus ke hadapan. 

Kita perlu fikir melangkaui kaum untuk menjadi Bangsa Malaysia. Satu-satunya peluang yang kita ada adalah melalui semangat perpasuan dan patriotik terhadap Malaysia. 

Kita tidak boleh lagi mempunyai politik perkauman atau ahli politik yang memainkan sentimen seprti itu. Ahli politik perlu melangkaui kaum dan memimpin dengan teladan. 

Komuniti agama juga perlu melangkaui penggunaan agama dalam pemikiran kaum mereka. Komuniti agama harus meneruskan nilai universal kemanusiaan, yang ada dalam semua agama.

Bukannya kita tidak mencapai apa-apa dalam membina Bangsa Malaysia. Kita telah berkembang tetapi pada setiap masa, ada orang yang menarik kita kembali dengan beberapa isu perkauman, beberapa naratif sempit dan perkauman Malaysia. Kita sentiasa menghadapi halangan apabila berurusan dengan isu perkauman.

*Aktivis sosial, Marina Mahathir:

Saya fikir menjadi rakyat Malaysia akan sentiasa menjadi kerja yang sedang berjalan.

Manusia suka menyusun diri mereka menjadi suku, sama ada oleh umur, minat, idea, profesion, apa pun.

Kaum adalah suku paling tidak relevan kerana itu bukan satu-satunya identiti yang kita bawa. Sebagai contoh, saya mungkin orang Melayu tetapi saya juga perempuan, umur pertengahan, seorang ibu, seorang penulis, seorang aktivis, yang suka filem, tenis, muzik R&B dan boleh dikumpulkan ke dalam mana-mana ‘suku’ identiti ini.

Aktivis, Marina Mahathir.– Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Ogos, 2018

Saya fikir golongan muda lebih cenderung untuk mengenali diri mereka dengan tanda-tanda identiti yang lain daripada bangsa dan saya fikir mereka yang paling bersedia untuk memikirkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia, melainkan jika seseorang menyentuhnya kepada mereka dari muda yang mereka perlu memikirkan bangsa sebagai identiti mereka yang paling penting.

*Pengerusi Bersih Sarawak, Pengerusi Rise of Sarawak Efforts (Rose), Ann Teo:

Wawasan untuk menjadi masyarakat tanpa mengira warna kulit adalah baik, tetapi banyak yang perlu dilakukan oleh kerajaan, dan kita sebagai rakyatnya.

Berapa banyak usaha dilakukan untuk menggalakkan organisasi akar umbi seperti kuil tempatan, gereja atau NGO, untuk melakukan kerja antara agama mereka bagi menjadikan masyarakat lebih memahami rakyat dari kaum berlainan?

Adalah lebh baik untuk mulakan dari kanak-kanak dan orang muda kerana kaum yang membina sosial. Kita perlu membina generasi baharu Malaysia yang melihat diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan tidak menilai orang lain berdasaran kumpulan etnik mereka.

Di Sarawak, walaupun rakyat kami dipuji kerana lebih bertoleransi dan bersatu padu, sekiranya kami cuai, sikap buruk perkauman dan agama akan menyerap masuk. 

Walaupun ia mungkin isu sensitif, persoalan masih kekal berhubung bila dasar tindakan afirmatif yang ada akan disemak semula.

Menurut kata-kata seorang rakyat Malaysia yang bijak, Burhanuddin al-Helmy, anda tidak boleh menggunakan tongkat selamanya. Tongkat adalah untuk membantu anda apabila kaki anda tidak baik.

*Bekas setiausaha akhbar bekas ketua menteri Sabah Joseph Pairi Kitingan, Stanley Yee.

Ratusan undang-undang dan program tidak akan memajukan konsep Bangsa Malaysia selagi beberapa kaum berpendapat bahawa mereka lebih unggul daripada orang lain dan tidak sanggup mengasimilasi dan membuat kompromi.

Kita perlu membuka Mara dan menjadikannya lebih inklusif, menjauhkan Biro Tata Negara, membenarkan perkahwinan kaum merentasi agama dan menghapus mentalitas “ketuhanan”.

*Naib presiden Sarawak for Sarawakian (S4S) Tan Kok Chiang:

Bagi rakyat Sarawak, apabila negara mempunyai tiga persamaan, maka kita layak untuk bercakap mengenai negara Malaysia. Pertama, kesaksamaan negara, dan kedua, kesamaan kaum.

Rakyat Sarawak amat marah kerana Kerajaan Persekutuan telah mengubah sejarah sebenar Persekutuan Malaysia. Sejak tahun 1963, ketika Malaysia dibentuk, Malaysia sebenarnya berusia 55 tahun.

*Dr Denison Jayasooria dari Institut Pengajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia: 

Saya fikir kita gagal memahami bagaimana Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 termasuk implikasi Perlembagaan Persekutuan 1957.

Dengan perlembagaan, kita semua sama tanpa mengira kaum atau agama kita mengikut Perkara 3 dan 8. Kita tidak menggunakan asimilasi, tetapi kepelbagaian dan kita mesti meraikan dan menghargai ini.

Peruntukan dalam Perkara 153 adalah untuk menangani ketidakseimbangan dan membantu golongan kurang bernasib sebagai program afirmatif dan bukan sebagai hak satu komuniti yang lain.

Kita mesti menangani isu sebenar kemiskinan dan ketidaksamaan, termasuk memastikan tiada siapa yang ketinggalan. Kita mesti menangani penyalahgunaan tindakan afirmatif agar telus dan bertanggungjawab.

Kesukaran kita adalah kerana politik, kumpulan tertentu menolak dan mengutarakan isu berdasarkan bangsa dan agama. Kami mempunyai agensi-agensi tertentu yang telah menyebarkan pemahaman eksklusif dan melampau mengenai sejarah kita, dan oleh itu kita harus menghentikan ini bukan hanya pada tahap pemikiran tetapi dengan cara operasi kerajaan dan politik beroperasi. Ia mesti beroperasi dari dinamik kepelbagaian.

Untuk melihat diri kita sebagai rakyat Malaysia pertama memerlukan perubahan minda yang termasuk melihat antara satu sama lain sebagai manusia dalam kemanusiaan yang sama.

Tetapi kita perlu menyedari bahawa etnik dan agama kita, termasuk sejarah kita, adalah warisan kita. Ini adalah siapa kita tetapi itu tidak sepatutnya menyekat kita daripada penglibatan dan perkongsian dengan orang lain.

Kepimpinan politik adalah kunci dan kita mesti memiliki pemimpin yang mempunyai keinginan politik dan keberanian memimpin untuk mentadbir negara.

Pengesahan ICERD adalah kunci. (Konvensyen Antarabangsa dalam penghapusan diskriminasi kaum). Kita mesti menanda aras diri kita dari sebuah instrumen global. Kita mesti mempunyai dasar dan mekanisme utama untuk menangani ucapan benci dan pratis diskriminasi melalui pusat pengantaraan masyarakat dan penguatkuasaan yang berkesan.

Selepas PRU14, Kerajaan lebih komited kepada pendekatan berbilang kaum tetapi dalam tempoh dua tahun akan datang (2019 dan 2020), terutama sekali dalam bahagian kedua Rancangan Malaysia ke-11, kita mesti berusaha menjadikan Malaysia lebih inklusif, di mana semua etnik dan komuniti keagamaan dihargai.

Kita perlu menulis sejarah dan sumbangan semua kumpulan. Kita mesti memaparkannya. Kita boleh melakukan ini dengan memastikan tenaga kerja pelbagai kaum di sektor swasta dan sektor awam. Kita mesti dapat menerima aduan diskriminasi dan menangani mereka. – 31 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen