KEMENTERIAN Kewangan menyasarkan kadar inflasi negara sebanyak 2% tahun ini berbanding 3.7% tahun lepas, ketika pengguna menyesuaikan diri dalam situasi penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang baharu.
Kadar inflasi bulan lepas yang mengecualikan kesan kadar sifar GST, jatuh kepada -0.2% daripada 1.5% pada Jun, yang terendah pernah dicatat.
Index Harga Pengguna yang mengukur kadar inflasi naik 0.9% bulan lepas berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan.
Bank Negara Malaysia berkata penurunan harga barangan dan perkhidmatan juga menyebabkan penurunan inflasi kepada 0.8% pada Jun berbanding 1.8% pada Mei.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang memetik sumber RHB Research Institute berkata yang angkat tersebut menunjukkan “betapa besarnya kesan” GST menambah yang sekiranya kadar inflasi tahunan berada pada kadar 2% ia sudah “cukup baik”. – 30 Ogos, 2018.
Komen