SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyelesaikan 60% daripada siasatannya berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Azam Baki.
Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM berkata kebanyakan bukti itu di dalam negara.
“Penyiasatan kami yang melibatkan bukti tempatan hampir selesai.
“Tetapi terdapat kira-kira 40% lebih lagi, terutamanya membabitkan bukti di negara asing,” katanya semasa sidang akhbar khas di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Beliau menggesa orang ramai agar bersabar dan berkata agensi anti rasuah itu sedang bekerja secepat mungkin dalam menyiasat kes firma pelaburan negara itu.
1MDB adalah gagasan idea daripada bekas perdana menteri Najib Razak. – 30 Ogos, 2018.
MENYUSUL
Komen