SEJUMLAH AS$12 juta (RM49.5 juta) disyaki diseleweng oleh pentadbiran kerajaan terdahulu dibawa masuk ke dalam negara sejurus sebelum pilihan raya ke-14, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Wang berkenaan dibawa masuk melalui Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
Beliau turut menamakan bekas ketua badan perisik Malaysia, Hasanah Abdul Hamid dan lapan lagi anggota agensi terbabit sebagai suspek dalam skandal berkenaan.
Azm berkata, suruhanjaya itu merampas AS$6.3 juta daripada beberapa lokasi dalam siasatan ke atas dakwaan penyelewengan dana dilakukan bekas pegawai perisik kerajaan itu.
Penemuan paling besar, berjumlah AS$4.07 juta ditemui di sebuah kondominium yang disewa di Cyberjaya pada Rabu malam lalu.
“Adakah wang itu daripada 1MDB? Mungkin,” katanya tanpa menjelaskan sama ada wang tersebut adalah untuk digunakan Barisan Nasional dalam kempen PRU13.
Azam turut menggesa orang awam termasuk penjawat awam untuk tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat mengenai kes tersebut atau baki wang berkenaan.
“Individu yang tampil ke hadapan akan ditempatkan dalam perlindungan saksi dan ini termasuk jika mereka mempunyai wang tersebut dalam simpanan,” katanya.
Hasanah ditahan semalam untuk siasatan berhubung penahana ke atas tujuh orang bekas pegawai tandir dan diplomatik di Jabatan Perdana Menteri.
Perintah reman dikeluarkan ke atasnya mengkut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang menghalang seseorang penjawat awam menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi. S – 30 Ogos, 2018
Komen