HANYA restoran yang pendapatan tahunan sekuranng-kurangnya RM1.5 juta akan tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berikutan permintaan daripada pemilik peniagaan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Selepas saya menerima maklum balas daripada pengendai restoran..mereka meminta ditingkatkan kepada RM500,000 kepada RM1 juta.
“Dan selepas itu mereka minta dinaikan lagi kepada RM3 juta. Itu agak melampau,” kata Lim pada taklimat media berhubung pelaksanaan SST di Putrajaya hari ini.
“Sekiranya perolehan mereka RM1.5 juta, mereka perlu bayar cukai. Jika tidak, mereka tak perlu,” katanya dan menambah restoran yang berpendapatan bawah daripada syarat itu dan mengenakan cukai berkenaan akan dikenakan tindakan.
“Kami ada mata dan telinga kami. Kami ada pegawai penguatkuasa Kastam dan mereka akan ambil tindakan.”
Cukai berkenaan, yang menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dijadual akan dikuatkuasakan pada Sabtu. Perniagaan yang belum mendaftar dengan kementerian untuk dibenarkan mengenakan cukai. Kementerian itu berkata terdapat denda kepada mereka yang lewat mendaftar.
“Kamu boleh daftar pada 5 September contohnya, tetapi kamu tidak boleh kenakan cukai kepada pelanggan sehingga tarikh itu,” katanya.
Tambah Lim, bahan binaan juga akan dikecualikan berikutan maklum balas daripada komuniti perniagaan.
Lim berkata nilai ambang bagi testoran dinaikkan berikutan aduan daripada pengendali restoran di kawasna bandar yang mengeluh tentang kos.
Tambahnya senarai pengecualian mungkin akan dikembangkan susulan pertemuan tertutup dengan pemilik perniagaan di Melaka, Johor, Ipoh, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang.
“Objektifnya adalah bagi memastikan kemakmuran rakyat, Apa gunanya jika angka yang bagus tetapi rakyat tidak menjadi lebih baik?” katanya.
Cukai perkhidmatan yang ditetapkan 6%, akan diperkenalkan kepada perniagaan lain yang mendapat perolehan RM500,000 setahun.
Mereka termasuk: hotel, kelab malam; kelab persendirian; kelab golf dan tempat latihan; insuran perniagaan ke perniagaan; telekomunikasi dan Tv berbayar; peguam dan peguambela; akauntan awam; juruukur (termasuk penilai berdaftar, pentaksir, atau ejen hartanah); jurutera profesional; arkitek; perkhidmatan pengurusan; perundingan; agensi pekerjaan; agensi swasta; pengendali parkir; pembaikan kereta dan motor; pengendali perkhidmatan kurier; sewa dan pandu kereta dan agensi pengiklanan.
Perniagaan baru termasuk di bawah cukai perkhidmatan adalah pertaruhan dan pembekal permainan; penghantaran dan pengedaran pembekal elektrik; pengendali syarikat penerbangan (tidak termasuk perkhidmatan udara luar bandar); dan penyedia perkhidmatan teknologi maklumat.
Dikecualikan daripada cukai perkhidmatan adalah perkhidmatan veterinar dan hospital swasta (di caj wad dan makanan sahaja).
Sebanyak 5,443 barangan pengguna dikecualikan daripada cukai jualan, termasuk haiwan hidup, beras, minyak masak, roti, surat khabar dan motosikal di bawah 250cc.
Turut dikecualikan adalah barangan produk wanita seperti tuala wanita dan tampon, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Subromaniam Tholasy kepada pemberita pada sesi taklimat yang diadakan hari ini.
Ejen kastam yang bekerja untuk perkhidmatan penjelasan barang dari kawalan kastam dikenakan cukai perkhidmatan tanpa nilai ambang.
Cukai jualan antara 5% hingga 10% dikenakan ke atas pengeluar yang jualan barang melebihi RM500,000 untuk tempoh 12 bulan.
Aktiviti pembuatan yang dikecualikan daripada pendaftaran termasuk jahitan, pemasangan barang kemas ke pembinaan, tukang emas dan optik
Orang berdaftar GST yang memenuhi kriteria yang diperlukan untuk didaftarkan tetapi tidak didaftarkan pada 1 September 2018 perlu memohon pendaftaran dalam masa 30 hari dari tarikh perlaksanaan.
Sehingga hari ini, sebanyak 79,966 perniagaan mendaftar dengan kastam melalui sistem pemindahan automatik dari MyGST ke MySST sejak 16 Ogos, kata Lim.
Daripada angka itu, 32,577 perniagaan telah mendaftar untuk rejim cukai jualan dan 44,874 perniagaan yang didaftarkan di bawah rejim cukai perkhidmatan.
Sebanyak 11,197 barang telah dilindungi di bawah cukai barangan dan perkhidmatan yang diperkenalkan oleh pentadbiran terdahulu pada bulan April 2015 dan dimansuhkan pada 1 Jun. Di bawah SST, 5,612 barang dikenakan cukai sebanyak 10% di bawah rejim cukai jualan manakala 793 barang lain dikenakan cukai 5% di bawah rejim yang sama.
SST akan digunakan untuk 38% daripada indeks harga barangan pengguna dan perkhidmatan, berbanding dengan 60% GST.
Putrajaya berharap dapat mengutip sehingga RM22 bilion daripada SST tahun ini berbanding tahun penuh sebanyak RM44 bilion untuk tahun 2017 ketika GST dikuat kuasa. – 30 Ogos, 2018
Komen