RAKYAT Sarawak berhak menuntut hak petroleum kerana sumber asli itu kebanyakannya terhasil di Timur Malaysia, kata Nancy Shukri hari ini.
Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu berkata rakyat Sarawak mahu kerajaan Pakatan Harapan menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Kita sudah memperkayakan rakyat di Semenanjung Malaysia. Bila kita lihat Menara Berkembar Petronas, kita tertanya-tanya bagaimana pula dengan kita?
“Ini adalah sebab mengapa Sarawak agak aggresif dan melindungi diri mereka.
“Kami tidak sepatutnya mundur seperti hari ini. Kami sepatutnya dapat lebih lagi,” kata Nancy pada forum bertajuk “A ‘New Malaysia’: The Way Ahead”.
Kerajaan PH bersetuju untuk memberikan 20% royalti minyak kepada Sarawak walaupun terdapat rungutan daripada pemimpin negeri yang merasakan ia tidak memadai.
“Ini tanah kami, kami yang seharusnya menentukan berapa banyak (royalti) yang diberikan kepada kerajaan Persekutuan,” katanya Nancy.
Ahli Parlimen Batang Sadong dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu menambah kerajaan negeri sudah memulakan rundingan dengan Petronas untuk menentukan jumlah royalti. – 29 Ogos, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen