Malaysia akan ada undang-undang dan sistem pilihan raya baharu, kata ERC


Yasmin Ramlan

Kajian akan dilakukan Jawatankuasa Khas Pembaikan Pilihan Raya (ERC) bagi membaiki undang-undang dan sistem pilihan raya Malaysia. – Gambar EPA, 29 Ogos, 2018.

JAWATANKUASA Khas Pembaikan Pilihan Raya (ERC) akan melakukan kajian menyeluruh untuk membaiki sistem dan undang-undang pilihan raya negara.

Menurut Pengerusinya Abdul Rashid Ab Rahman, ini bagi memastikan pilihan raya yang telus, adil dan bebas sekaligus dapat membaiki kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum lalu. 

“Mengkaji sistem-sistem pilihanraya yang sesuai sebagai langkah pembaikan kepada sistem ‘first-past-the-post’ yang sedia ada sekiranya perlu. 

“Kita mahukan sistem baru dan undang-undang yang baharu, sama dengan taraf antarabangsa. Negara ini akan ada undang-undang pilihan raya yang baharu,” katanya pada sidang media hari ini. 

Bagaimanapun, Abdul Rashid berkata, langkah ini tidak bermatlamat untuk hanya “menjenamakan semula” SPR, tetapi usaha mendalam dan berterusan untuk menambahbaik sistem. – 29 Ogos, 2018.

MENYUSUL 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen