Pakar ekonomi gesa pembaharuan pembiayaan politik


Bede Hong

Kajian semula sistem pembiayaan politik negara perlu dilaksanakan, meskipun ahli Pakatan Harapan yang menduduki kerusi ahli lembaga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tergoda dengan faedah yang ditawarkan, kata pakar ekonomi Dr Edmund Terence Gomez.

PEMBAHARUAN dalam sistem pembiayaan politik negara perlu dilaksanakan, meskipun ahli Pakatan Harapan yang menduduki kerusi ahli lembaga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tergoda dengan faedah yang ditawarkan, kata pakar ekonomi Dr Edmund Terence Gomez.

Profesor ekonomi Universiti Malaya itu berkata keadaan semasa GLC yang dilihat menguntungkan tidak mungkin ditolak oleh parti yang amat memerlukan dana.

“Saya akan mempertikaikan ahli politik yang duduk di kerusi lembaga pengarah (GLC) kerana mereka dibayar gaji sebagai seorang pengarah,” kata Gomez pada pelancaran laporan Malaysia GLC Monitor 2018 di UM, hari ini.

“Dan saya akan mempertikaikan bahawa gaji yang diterima itu akan pergi ke kantung parti bagi membiayai perbelanjaan mereka. Untuk membayar kakitangan. Mereka perlu mencari dana dengan cara lain.

“Dan parti politik yang sebelum ini biasa menjadi pembangkang, adalah sukar untuk mendapatkan wang dan ini (jawatan dalam GLC) dilihat seolah-oleh sebagai jalannya.

“Sudah tentu, parti-parti dalam Pakatan akan kata itu tidak benar. Mereka akan kata, tidak banyak.

“Baik, tunjukkan kepada saya. Saya ada keraguan. Saya tak tahu apa yang kamu kata itu betul. Tunjukkan saya angka-angkanya.”

Justeru itu, Gomez berkata pembaharuan pembiayaan politik adalah perkara yang harus dilaksanakan.

Oleh kerana mereka kini sudah memegang kuasa Persekutuan, Pakatan perlu membentuk jawatankuasa pemilihan Parlimen berhubung pembiayaan politik dan ia harus diketuai oleh pembangkang.

Pembaharuan pembiayaan politik tidak mendapat perhatian oleh pentadbiran terdahulu Barisan Nasional (BN). – 28 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen