BN guna kontrak untuk pintas proses pemerolehan, kata Pua


Chan Kok Leong

Kerajaan Barisan Nasional juga menyembunyikan kos sebenar bagi projek tertentu, kata Tony Pua yang kini menjadi pegawai khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 28 Ogos, 2018.

KERAJAAN terdahulu menggunakan “kontrak” untuk memintas proses pemerolehan awam dan menyembunyikan kos sebenar bagi projek tertentu, kata Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.

Di bawah samaran perkongsian awam-swasta (PPP), projek-projek ini membawa jumlah jaminan kerajaan daripada kira-kira RM120 bilion kepada RM238 sekarang ini, kata beliau.

“Jaminan kerajaan sekarang ialah 18% daripada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK), berbanding 12% sebelum ini,” kata Pua yang kini pegawai khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Jika jaminan ini diberi kepada syarikat yang boleh membayar semula pinjaman mereka sendiri seperti Khazanah Nasional Bhd atau Tenaga Bhd bagi mengurangkan kos pinjaman, itu tidak mengapa.

“Tetapi, jelas sekali Pembinaan BLT tidak mampu membayar pinjaman ini dan kerajaan yang akhirnya akan membayar semula pinjaman,” katanya pada pelancaran laporan  Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) bertajuk “Pemerolehan sebagai sebahagian tadbir urus baik dalam Malaysia baharu” di Kuala Lumpur hari ini.

Pua menjelaskan mengenai bagaimana pentadbiran Barisan Nasional memintas proses pemerolehan awam menggunakan kontraknya.

Menurutnya, Pembinaan BLT Sdn Bhd ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan Inc pada 2011 untuk membina kuarters polis menrusi model “bina, pajak dan tukar”. – 28 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen