Timbalan menteri DAP ditugaskan pikat Cina, India sertai tentera


Kamles Kumar

Kementerian Pertahanan dalam tempoh jangka panjang akan mengkaji skala gaji, elaun dan faedah anggota tentera bagi menarik lebih ramai bukan Melayu menyertai pasukan itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Ogos, 2018.

TIMBALAN Menteri Pertahanan Liew Chin Tong akan mengetuai usaha kementerian itu untuk mengambil lebih ramai kemasukan Cina dan India dalam angkatan tentera.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melantik Liew untuk menggalakkan perbezaan kaum dalam tentera.

“PM sangat berani, beliau lantik bukan saja Cina tetapi seseorang daripada DAP untuk jadi timbalan menteri.

“Kami mengambil pelbagai usaha untuk semua kaum menyertai tentera,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Mohamad berkata Liew yang dilantik sebagai senator selepas pilihan raya umu untuk mengisi jawatan timbalan menteri, akan bertanggungjawab bagi inisiatif menarik bukan Melayu menyertai tentera.

“Kita perlu ada gesaan, kerana kita tidak mahu dilihat seperti pertahanan ini kerja untuk orang Melayu, Bumiputera, Sabah dan Sarawak, tetapi ia sebenarnya untuk semua kaum,” katanya.

Menteri itu berkata Kementerian Pertahanan dalam tempoh jangka panjang akan mengkaji skala gajinya, elaun dan faedah bagi menarik lebih ramai bukan Melayu.

“Kami akan tambah baik gaji dan faedah tidak lama lagi, katanya.

Angkatan Tentera Malaysia dikritik sejak beberapa tahun lalu kerana jumlah penyertaan bukan Melayu yang rendah.

Pengkritik berkata gaji yang tidak menarik dan kaum lain dikatakan tidak berpeluang menduduki jawatan lebih tinggi, menjadi faktor menolak untuk menyertai tentera. – 28 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen