LANGSUNG: Bekas KPN beri keterangan siasatan kehilangan aktivis Perlis


Noel Achariam

Bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar dipanggil untuk siasatan awam berhubung kehilangan aktivis Perlis, Amri Che Mat.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Ogos, 2018

BEKAS ketua polis negara Khalid Abu Bakar dipanggil untuk memberi keterangan pada siasatan awam Suhakam berhubung kehilangan aktivis Amri Che Mat.

Ini merupakan kali pertama Khalid akan memberi keterangan berhubung pengasas Perlis Hope yang hilang pada 24 November 2016.

Pada Mei, isteri Amri Norhayati Ariffin memberitahu siasatan bahawa Amri di bawah pengawasan polis dan Khalid sedia maklum mengenainya.

Norhayati berkata maklumat itu didedahkan kepadanya oleh pegawai Cawangan Khas, yang dikenali sebagai Sarjan Shamzaini di kediamannya di Padang Behor pada 12 Mei.

Norhayati turut mendakwa Shamzaini memberitahunya tentang penglibatan Bukit Aman dalam penculikan Amri dan pastor Raymond Koh.

Katanya, Shamzaini turut memaklumkan Timbalan Pesuruhjaya Awaluddin (Jadid) dan ketua polis Perlis juga tahu suaminya dipantau kerana ajaran Syiah dan urusniaga forex.

Amri dipercayai diculik sekumpulan lelaki menaiki kenderaan paduan empat roda di Kampung Padang Behor.

Koh diculik pada 13 Februari lalu oleh beberapa lelaki bertopeng yang menggunakan kenderaan SUV untuk menghalang keretanya di Petaling Jaya.

Suhakam sedang melakukan siasatan awam terhadap kehilangan Amri, Koh, Pastor Joshua Hilmy dan isteri Joshua, Ruth, untuk memastikan sama ada ia kes-kes kehilangan paksa. – 28 Ogos, 2018

The Malaysian Insight akan membawakan prosiding itu secara langsung:

11:30am: Peguam dari Majlis Peguam, Andrew Khoo bertanya jika polis yang memulakan serbuan dan meminta bantuan jabatan agama.

Khalid kata tidak.

Siasatan akan bersambung pada 3 September.

11.10am:  Louis kemudian beralih soalan kepada dakwaan isteri Amri, Norhayati Ariffin yang mengatakan polis terbabit dalam penculikan Amri.

Louis bertanya kepada Khalid apa pendiriannya tentang dakwaan Norhayati tentang pembabitannya itu.

Khalid berkata beliau menafikan semua yang dikatakan Norhayati dalam laporannya.

Katanya, pegawai Cawangan Khas Shamzani turut menafikan dakwaan Norhayati itu.

Khalid berkata laporan polis sepatutnya dibuat terhadapnya kerana memberikan keterangan palsu.

Pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai bertanya kepada Khalid adakah Syiah menyusup ke dalam pasukan polis.

Khalid menjawab tidak.

Siasatan awam itu berhenti rehat.

10.35am: Louis bertanya Khalid dalam surat yang beliau tulis kepada polis untuk memaklumkannya sebarang perhimpunan dan perkembangan.

Khalid berkata apa yang beliau maksudkan adalah polis boleh mengambil tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Louis kemudian bertanya Khalid sama ada polis dan bukan pihak berkuasa agama yang mengambil tindakan terhadap penganut Syiah.

Khalid berkata beliau tidak setuju. 

Louis bertanya sama ada terdapat sebarang laporan polis dibuat untuk mengambil tindakan terhadap pengikut Syiah. 

Khalid berkata beliau tidak tahu. 

Louis kemudian bertanya Khalid sekiranya serbuan it dibuat berdasarkan arahan yan beliau tulis dala surat berkenaan. 

Khalid berkata setakat ini mungkin.

10.20am: Louis bertanya Khalid sama ada beliau menulis surat meminta polis mengambil tindakan kerana Syiah dilarang dan meminta polis hentikan perhimpunan itu. 

Khalid bersetuju beliau memberi arahan itu kepada polis. 

Beliau berkata ia kerana ajaran Syiah diharamkan.

Louis kemudian berkata menurut Majlis Fatwa Kebangsaan tiada implikasi perundangan tetapi bagi negeri terdapat imlikasi perundangan (untuk ambil tindakan).

Khalid berkata pemahamannya adalah terdapat implikasi perundangan kerana fatwa digazetkan di Perak. 

10.10am: Peguam keluarga Amri Larissa Anne Louis bertanya Khalid sekiranya beliau tahu tentang serbuan polis dan pihak berkuasa agama pada suatu perhimpunan yang didakwa melibatkan Syiah di Perak pada 2014.

Louis bertanya Khalid adakah beliau menerima surat daripada persatuan Syiah Perak kepada Pejabat Perdana Menteri yang memohon untuk mengadakan perhimpunan.

Khalid berkata beliau menerima surat berkenaan dan mengarahkan pegawainya untuk mengambi tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Katanya, beliau berbuat demikian kerana Majlis Fatwa Kebangsaan melarang ajaran Syiah.   

10.00am: Pegawai Suhakam bertanya Khalid adakah beliau tahu sama ada polis menahan mana-mana pengikut Syiah.

Khalid kata tidak.

Pegawai Suhakam bertanya Khalid sekiranya beliau tahu tentang aktiviti membabitkan Syiah yang dilakukan oleh polis.

Khalid kata tidak.

9.45am: Pegawai Suhakam bertanya Khalid sekiranya beliau memberi arahan untuk menyiasat Amri.

Khalid berkata tiada tetapi hanya untuk kes orang hilang dan mengarahkan pegawainya membuka kertas siasatan. 

Pegawai terbabit bertanya Khalid sama ada pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat Amri. 

Khalid menjawab tiada. 

Pegawai terbabit bertanya Khalid sama ada beliau memberikan arahan untuk memantau aktiviti Syiah di negara ini. 

Khalid berkata mereka mempunyai persefahaman dengan jabatan agama dan diberi arahan polis untuk membantu mereka dari semasa ke semasa. 

Pegawai berkenaan bertanya apa bantuan lain yang diberikan kepada pihak berkuasa agama. 

Khalid berkata terdapat fatwa kebangsaan berhubung Syiah dan meminta pegawainya membantu pihak berkuasa agama. 

9.30am: Siasatan awam Suhakam bersambung dengan bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar dipanggil memberi keterangan.

Pegawai Suhakam bertanya Khalid sama ada beliau sedia maklum Amri di bawah pengawasan polis. 

Khalid berkata beliau hanya tahu Amri adalah kes orang hilang.

Pegawai bertanya Khalid sama ada beliau diberi taklimat berhubung kehilangan Amri. 

Khalid berkata beliau hanya dimaklumkan secara berkala berhubung status orang hilang. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen