Laporan Majlis Penasihat Kerajaan kepada PM adalah sulit, kata Jomo


Bede Hong

Ahli ekonomi Dr Jomo Kwame Sundaram berucap pada forum 'Dasar Perindustrian dan Ekonomi dalam Malaysia Baharu' di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur, hai ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Ogos, 2018.

CADANGAN yang dibuat oleh Majlis Penasihat Kerajaan kepada perdana menteri sepatutnya adalah sulit, kata bekas ahli dan pakar ekonomi terkenal Jomo Kwame Sundaram.

Mengenai sama ada laporan yang dikemukakan kepada Dr Mahathir Mohamad minggu lalu perlu didedahkan kepada umum, Jomo berkata: “Saya tidak fikir begitu kerana sekarang, beberapa isu tidak boleh didedahkan.”

“Hasrat kami sentiasa memberi nasihat kepada perdana menteri, yang kami harap beliau akan kongsi dengan menteri berkaitan untuk membuat keputusan,” kata Jomo kepada wartawan selepas berucap di forum di Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Dr Mahathir hari ini berkata majlis itu, yang dibubarkan dua minggu lalu, adalah untuk menyiasat hal ekonomi yang mempengaruhi negara dan melaporkan kepadanya. Perdana menteri berkata tidak perlu maklumat terperinci mengenai perkara itu didedahkan.

Dalam tempoh 100 hari, pihak majlis sudah menemubual kira-kira 350 individu daripada 200 organisasi dan mengemukakan cadangannya kepada Dr Mahathir pada Isnin lepas.

“Beberapa perkara itu sensitif,” kata Jomo yang juga bekas penolong setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan felo jemputan di Institut Penyelidikan Khazanah.

“Dan kerajaan mesti mampu mendapatkan nasihat, ada banyak hal yang sensitif. Anda tidak dapat mendedahkan semua yang anda lakukan.

“Maklumat boleh disalahgunakan. Terdapat butiran yang boleh menjejaskan perniagaan. Kita perlu berhati-hati dengannya kerana begitu juga ada perkara yang mempengaruhi negara lain.” – 27 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen