Kementerian Pengangkutan cepatkan tempoh lupus kenderaan terbiar


Alfian Z.M. Tahir

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementeriannya sedang memperkenalkan prosedur standard operasi (SOP) untuk mengatasi masalah kereta terbiar yang ditinggalkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Ogos, 2018.

KEMENTERIAN Pengangkutan sedang mempertimbangkan rancangan melupuskan kenderaan terbiar yang ditinggalkan di sepanjang jalan utama dan kawasan perumahan dalam tempoh sebulan.

Menteri Anthony Loke berkata kementeriannya sedang memperkenalkan prosedur standard operasi (SOP) untuk membendung masalah ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Majlis Pengangkutan Negara (NTC) di Putrajaya hari ini.

“Kami mencadangkan SOP untuk isu ini dipercepatkan kepada tempoh satu bulan, dengan notis pengalihan diberi selama seminggu sebelum kenderaan ditarik.

“Paling lama kenderaan berada di depot kompaun adalah tiga minggu sebelum ia dilupuskan,” jelasnya. – 27 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen