SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun dari menggatal Sabah mendakwa dirogol kawan yang baru dikenali tiga minggu melalui Wechat, kata polis dalam satu kenyataan.
Ketua Polis Kota Kinabalu ASP M. Chandra berkata, kejadian iti didakwa berlaku di sebuah rumah tinggal pada 14 Jun lalu.
Chandra berkata mangsa diajak lima lelaki berusia antara 13 dan 18 tahun di sebuah taman sebelum dipaksa untuk “berbual” dengan mereka di rumah tinggal berkenaan.
“Kita ke sana, perempuan itu cuba mearikan diri namun dihalang lelaki terbabit, salah seorang daripada mereka berjanji untuk menghantarnya pulang selepas berbual.
Sebaik tiba di rumah berkenaan, kumpulan lelaki terbabit merogol mangsa secara bergilir-gilir, katanya.
Mangsa hanya membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 26 Julai sekitar jam 9.30 malam, kira-kira sebulan selepas kejadian.
Ditanya mengapa mangsa lambat membuat laporan, Chandra bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Lima suspek terbabit ditahan kurang 24 jam susulan laporan itu dan semua mereka direman tujuh hari sehingga 3 Ogos depan, katanya.
Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan tiada kesan kecederaan. – 30 Julai, 2017.
Komen