Sabah bakal hadapi gangguan bekalan air


Jason Santos

Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Peter Anthony berkata gangguan bekalan air akibat cuaca panas dijangka berterusan sehingga Disember. – Gambar The Malaysian Insight, 27 Ogos, 2018.

SABAH hari ini mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku gangguan bekalan air akibat cuaca panas yang dijangka berterusan sehingga Disember.

Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Peter Anthony berkata kawasan yang dijangka terjejas teruk ialah Pulau Banggi, Beaufort dan Kuala Penyu. Gangguan ini bakal menjejaskan 60,000 penduduk.

Beliau berkata kementerian menjangkakan seluruh negeri akan menerima kesan gelombang panas.

“Jabatan Meterologi memaklumkan cuaca panas akan beterusan sehingga Disember, kemungkinan lebih lama. 

“Ini akan menyebabkan paras air sungai menurun. Paras air di semua kawasan tadahan air mencatatkan penurunan mendadak.

“Kami menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air dan menggunakan air dengan cermat,” kata Anthoy pada sidang akhbar khas bagi mengumumkan perkara itu.

Jabatan Meterologi berkata Sabah sedang dilanda gelomba panas yang “luar biasa” dengan suhu mencecah antara  32°C hingga 40°C.

Menurut Athony, lori-lori tangki air akan dihantar ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air kritikal.

Beliau berkata pusat panggilan 24 jam telah dibuka untuk menerima aduan pengguna.

“Kementerian akan membuat pengumuman jika catuan air perlu dijalankan. Talian (pusat panggilan) ialah  088-326-888.” – 27 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen