EMPAT pelarian Rohingya direkrut oleh sel kumpulan Islamic State (IS) di Malaysia untuk berperang dengan kerajaan Myanmar, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay.
IS, katanya telah merekrut ahli dari dalam kalangan komuniti pelarian di Malaysia.
“Terdapat empat kes di mana sel IS di Malaysia merekrut pelarian Rohingya untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan mereka.
“Mereka direkrut dan sepatutnya berperang di negeri Rakhine menentang kerajaan Myanmar,” kata Ayub kepada pemberita pada Simposium Antarabangsa Counter Terrorism dan Profesional Keselamatan (IACSP) hari ini.
Keempat-empat suspek telah ditahan dan didakwa.
“Ini berlaku pada 2015 atau 2016, kalau saya tidak silap,” kata Ayub.
Ditanya berhubung cabaran dalam memantau lebih 100,000 pelariann Rohingya di negara ini, Ayub berkata amat penting untuk mengadakan pertemuan risikan.
“Perisikan amat penting. Kita perlu tahu siapa yang biaya mereka, siapa yang latih mereka, ini semua penting.”
“Dari situ kita boleh memantau dan kita memantau situasi,” tamah Ayub.
Kebimbangan berhubung pelarian Rohingya dibangkitkan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada ucapan pembukaannya pada program yang sama pagi ini.
Mohamad berkata, kekejaman di Myanmar terhadap etnik minoriti Rohingya boleh membawa kepada kumpulan itu dimanipulasi pengaruh IS.
“Hari ini kita lihat kekejaman yang sama di negeri Rakhine dan kita bimbang pelarian Rohingya ini dimanipulasi menjadi pengebom bunuh diri atau direkrut dalam sel pengganas di rantau ini.”
“Ancaman pengganas akan terus meningkat sekiranya masyaraat antarabangsa terus memisahkan masyarakatnya dari kaum dan agama,” katanya.
Sementara itu, Ayub Khan berkata kebanyakan suspek pengganas di Malaysia direkrut menerusi media sosial.
Pegawai kanak polis itu berkata kebanyakan propaganda IS boleh ditemui dengan mudah di internet.
“Di Malaysia, kebanyakan daripada rekrut diindoktrin oleh apa yang mereka temui di internet.”
Media sosial contohnya, meruoakan salah satu alat yang digunakan IS untuk mempengaruhi mereka yang bersimpati untuk menyertai mereka,” kata Ayub. – 27 Ogos, 2018
Komen