KERAJAAN akan mewujudkan pelan tindakan keharmonian kaum bagi meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy berkata pelan berkenaan akan siap pada Januari tahun hadapan.
“Pelan baharu itu akan lebih komprehensif, inklusif dan akan mengambil kira kegagalan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu.
“Kita perlu akui bahawa program terdahulu telah gagal menyatukan rakyat,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.
Menteri itu berada di Sabah bagi menghadiri majlis penutupan program antara agama di Masjid Nurul Hikmah di Bukit Padang.
Turut hadir adalah Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Aidi Mokhtar, sebagai wakil kepada Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal. – 25 Ogos, 2018.
Komen