Kenapa perlu RCI untuk projek China, soal Nurul Izzah kepada Najib 


Looi Sue-Chern

Naib presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar membantu menyediakan juadah sambutan Hari Raya di Guar Perahu hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 24 Ogos, 2018

NAIB presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempersoalkan mengapa bekas perdana menteri mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dua projak paip gas yang dibatalkan. 

Katanya, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen boleh memainkan peranan untuk memeriksa sekiranya terdapat perkara tidak betul dengan projek berkenaan. 

“Jika saya perlu ingatkan kepada bekas PM, sudah banyak RCI dijalankan, dengan begitu banyak pengesyoran. Hampir kesemua tidak dipedulikan keseluruhannya. 

“Saya tidak menentang prinsipnya. Saya cuma mahu kita melakukan dengan cepat, dalam pengurusan yang efisyen dan yang paling penting secara konkrit,” katanya kepada pemberita di Permatang Pauh hari ini. 

Najib menerusi posting di Facebooknya semalam berkata, RCI diperlukan bagi menjelaskan salah tanggapan mengenai projek berkenaan kerana rakyat Malaysia yang tidak tahu fakta disesatkan oleh kerajaan. 

Projek membabitkan China, yang diperkenalkan oleh pentadbirannya, baru-baru ini disifatkan sebagai “bodoh” oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika lawatannya ke China. 

Pentadbiran Pakatan Harapan sedang berunding dengan China untuk membatalkan atau menangguhkan projek berkenaan berikutan situasi kewangan Malaysia dan hutang RM1 trilion. 

Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau tidak menentang untuk mengadakan RCI atau semak dan imbang bagi projek berskala besar. 

“Tetapi kita boleh melakukannya menerusi legislatif..apa keutamaan kerajaan? Untuk jimatkan wang. Kita sudah pun ada PAC, yang dipengerusikan oleh ahli Parlimen Beluran (Ronald Kiandee). PAC boleh melihat pada projek besar sekiranya terdapat sebarang elemen penyalahgunaan kuasa. 

“Skiranya kita ada masa, kita perlu pastikan kita gunakan semua saluran yang sah. Tiada salahnya (dengan penubuhan RCI) tetapi kita sudah pun ada Parlimen, kita pastikan Dewan Rakyat berfungsi dahulu,” katanya. 

Nurul Izzah berkata sebelum ini, ketika Najib berkuasa, Dewan tidak berfungsi sepenuhnya sebagaimana yang sepatutnya. 

Katanya banyak maklumat mengenai projek besar sebelum ini tidak didedahkan, seperti 1Malaysia Development Berhad. 

Ketika BN berkuasa, Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia dilaporkan menolak dan menyekat soalan daripada ahli Parlimen daripada bekas pembangkang ketika bersidang. 

Alasan Pandikar adalah Dewan Rakyat perlu untuk tidak menjadi subjudis dan memberi kesan kepada ks mahkamah kerana Jabatan Keadilan AS (DoJ) memfailkan saman sivil berhuung skandal 1MDB.

Mengenai projek ECRL dan Kereta Api Laju antara Kuala Lumpur dan Singapura, yang juga cuba dibatalkan oleh Malaysia, Nurul Izzah berkata beliau jug amahu lebih maklumat berhubung projek terbabit.

“Kita perlu buat keputusan menurut merit dan bergantung kepada kemampuan kita. Kita tida boleeh korbankan wang milik rakyat menerusi pampasan yang mungkin terlalu tinggi. 

“Kita perlu melihat kemungkinan projek-projek itu, saya juga bertemu dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura yang menyokong HSR. Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

“Kami perlu memastikan ketelusan dan ketekunan yang tinggi dalam keputusan yang kami buat,” katanya, mengulas keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan projek mega.”

Terdahulu, Nurul Izzah menyertai organisasi amal Yayasan MyPrihatin untuk jamuan Hari Raya bersama masyarakat setempat di pusat khidmat masyarakatnya di Guar Perahu, hari ini.– 24 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen