PENDUDUK TTDI berharap projek di taman Taman Rimba Kiara akan dihentikan selepas pertemuan dengan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.
Ahli Jawatankuasa Save Taman Rimba Kiara Khairudin Rahim berkata Daim yang sentiasa prihatin terhadap taman itu telah menjemput mereka untuk mengadakan dialog di Ilham Tower semalam.
“Beliau mahu mendengar pandangan dan kebimbangan kami mengenai taman itu. Beliau mengumpul fakta dan ia merupakan misi pencarian fakta untuknya.
“Bagaimanapun, tiada keputusan telah dibuat, tetapi kami berharap hasil yang baik,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Daim adalah pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan yang mandat mereka sepatutnya pada 20 Ogos.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa Majlis Penasihat tidak akan dibubarkan walaupun mandat 100 hari sudah berakhir.
Kumpulan itu menentang pembangunan di taman itu dan telah mengheret pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke mahkamah.
Mereka sedang memohon semakan kehakiman bagi membatalkan perintah pembangunan yang diberikan oleh DBKL kepada pemaju.
Khairudin berharap dengan usaha bersama Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad dan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, kehijauan taman itu dapat terus dipelihara.
“Kami juga berharap janji yang tidak dapat ditunaikan kepada penduduk setinggan (akan dipenuhi) dan mereka akan mendapatkan rumah di lokasi yang ada.
“Kami masih merayu dan mahu projek itu dihentikan.”
Pembangunan yang dicadangkan, yang telah diluluskan pada November lalu, membabitkan pembinaan lapan blok 42 tingkat dan 52 tingkat pangsapuri mewah dan sebuah blok 30 tingkat rumah mampu milik. – 24 Ogos, 2018.
Komen