KETUA Menteri Sabah Shafie Apdal menafikan dakwaan kerajaan negeri itu mengeluarkan dokumen pengenalan kepada pendatang haram untuk menjadikan mereka warganegara.
Kerajaan negeri akan mematuhi undang-undang apabila melibatkan urusan kewarganegaraan, katanya.
“Kita cuba bantu warganegara kita sendiri. Terdapat lelaki dan perempuan warga Sabah kahwin dengan orang asing dan mereka mungkin diabaikan, bersama anak-anak mereka.
“Jadi kita perlu bantu mereka menyelesaikan perkara ini dan terdapat undang-undang berhubung perkara ini. Jadi kita rujuk semua perkara ini kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Kerajaan tidak berikan kad pengenalan itu semua sampah. Tetapi anak-anak ini adalah warga Sabah justeru mereka mempunyai hak,” katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan bersama rakyat di Semporna, Pantai Timur Sabah.
Dalam kajian ang dijalankan oleh gabungan NGO Sabah terhadap orang yang tiada kewarganegaraan menunjukkan kira-kira 60,000 orang tiada kewarganegaraan di negeri itu, yang kebanyakannya menetap di Pantai Timur Sabah.
Ketua pembangkang sebelum ini mendakwa kerajaan negeri yang diterajui Warisan itu berhasrat untuk memberikan kad pengenalan kepada pendatang haram selepas Shafie mengumumkan kerajaan sedang bercadang utuk menberikan pas kerja khas kepada pendatang haram pada 26 Jun lalu.
Sementara itu, Shafie menafikan dakwaan bahawa kebakaran yang berlaku di penempatan setinggan di Sabah sengaja dubuat bagi membolehkan pendatang haram mendapatkan kad pengenalan dan bantuan perumahan daripada kerajaan negeri.
“Tiada siapa pun yang mahukan kebakaran berlaku, malah saya yang sepatutnya bimbang jika mereka hilang tempat tinggal kerana mereka akan datang jumpa saya untuk bantuan perumahan.
“Tetai mungkin benar mereka hilang Mykad mereka ketika kebakaran tetapi teerdapat juga pendatang haram di sana. Ini tidak bermakna Mykad akan diberikan kepada mereka sekiranya mereka kehilangan tempat tinggal,” katanya.
Terdahulu, Shafie berkata lebih 90% masalah yang dihadapi rakyat Sabah adalah melibatkan isu tanah, manakala isu lain termasuklah pendaftaran kewarganegaraan dan kekurangan kemudahan seperti jalan raya dan jambatan.
Katanya, sesi pertemuan dengan penduduk itu membolehkan beliau menerima segala masalah yang dihadapi rakyat Sabah dan di peringkat akar umbi.
“Aduan yang saya lihat kebanyakannya mengenai isu tuntutan bertindih, tanah yang diambil oleh individu dan syarikat besar.
“Program ini akan dilanjutkan kepada daerah lain tidak lama lagi. – 23 Ogos, 2018
Berita penuh di sini.
Komen