Penganalisis jangka pengguna kurang membeli selepas SST


Bede Hong

PENGGUNA dijangka akan membeli barangan dalam bentuk pukal selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikuatkuasakan Sabtu depan, kata penganalisis.

Penurunan dalam permintaan mungkin berlaku dalam jangka panjang kerana pengguna akan menyesuaikan diri dengan harga baharu berikutan penguatkuasaan cukai tersebut. 

Cukai jualan sebanyak 10% akan dikenakan ke atas barangan boleh dicukai yang dikeluarkan di dalam negara dan juga barangan import.

Di bawah SST, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan boleh dicukai melalui transaksi perniagaan.

Sejak 1 Jun lalu, pengguna tidak lagi dibebani Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan cukai itu dikurangkan kepada kadar sifar. 

“Pengguna akan berbelanja besar sepanjang tempoh itu, jadi perbelanjaan jangka pendek akan menyaksikan penurunan, mungkin sehingga akhir tahun ini,” kata Jarren Tam, penganalisis kanan di Pusat Pengajian Dasar Awam.

“Tetapi kedua-dua bentuk perbelanjaan kebiasaannya berjalan lancar bagi tempoh yang panjang dan ia tidak menunjukkan perbezaan ketara dari trend perbelanjaan tahunan.

“Memandangkan perbelanjaan adalah pertumbuhan yang tidak tetap, ia mungkin akan menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan dalam dua suku terakhir 2018 dan meningkat semula selepas Tahun Baru,” beliau memberitahu The Malaysian Insight.

SST akan dikenakan kepada 38% daripada barangan dan perkhidmatan, berbanding GST yang meliputi 60% barangan dan perkhidmatan.

Jabatan Kastam menjangkakan sehingga 80,000 syarikat akan didaftarkan di bawah SST. Sebanyak 470,000 syarikat telah didaftarkan di bawah GST. – 22 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen