2 menteri baharu Sabah bukan ganti menteri persekutuan, kata Shafie


Jason Santos

Kementerian Inovasi dan Pendidikan serta Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang diwujudkan berperanan untuk mengisi kelompangan peranan persekutuan di negeri itu dan melaksanakan agenda pembangunan negeri dalam dua bidang tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Ogos, 2018.

PEMBENTUKAN dua menteri baharu di Sabah untuk bidang pendidikan dan kesihatan bukan bermakna ia akan menggantikan peranan menteri peringkat persekutuan, kata Ketua Menteri Shafie Apdal.

Katanya, Kementerian Inovasi dan Pendidikan Sabah serta Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat yang diwujudkan berperanan untuk mengisi kelompangan peranan persekutuan di negeri itu dan melaksanakan agenda pembangunan negeri dalam dua bidang tersebut.

“Dua kementerian itu akan beri kita lebih autonomi. Ia bukan bermakna ia bertindih dengan peranan kementerian persekutuan atau menggantikan dan memperkenalkan sistem negeri dalam aspek kesihatan dan pendidikan,” katanya.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah ialah Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong, manakala Menteri Pendidikan dan Inovasi ialah Adun Sindumin Dr Yusof Yacob.

Bagi bidang pendidikan, Shafie berkata kerajaan negeri tidak akan menggantikan peperiksaan awam sedia ada seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tetapi akan memberi lebih banyak tumpuan kepada melengkapkan sistem sedia ada dan pembentukan institut pendidikan dan latihan vokasional (TVET). – 22 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.

 


 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen