PEMBAHARUAN cukai menyeluruh perlu bagi mengatasi penurunan hasil pendapatan kerajaan, kata menteri kewangan.
“Sebagai contoh, pendapatan cukai merosot dari 20.9% daripada KDNK pada 2013 kepada 16.3% daripada KDNK pada 2017.
“Trend penurunan itu berlaku walaupun GST diperkenalkan. Ini boleh dihentikan hanya melalui pembaharuan sistem cukai yang holistik (menyeluruh),” kata Lim Guan Eng pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) dan United Overseas Bank (UOB) hari ini.
Lim berkata kerajaan juga akan menubuhkan Jawatankuasa Kewangan Awam (PFC) bagi mentaksir sistem percukaian Malaysia supaya lebih cekap, neutral dan progresif.
“Inisiatif lain dalam perhatian PFC ialah mengurangkan pengelakan cukai.
Kerajaan melaporkan bahawa hasil cukai dari sektor minyak dan gas pada 2017 ialah RM8.4 bilion berbanding RM11.6 bilion pada 2016. – 21 Ogos, 2018.
Komen