KEMENTERIAN Kewangan perlu ditambah baik bagi memberi tumpuan kepada usaha menjana pendapatan negara, kata Majlis Penasihat Kerajaan dalam laporan ekonomi kepada perdana menteri.
Pengerusi Majlis Penasihat Daim Zainuddin berkata kementerian itu tidak harus berterusan dibayangi skandal kewangan dan sebaliknya perlu memberi tumpuan dalam menambah pendapatan negara.
“Kementerian kewangan harus menjana keuntungan, pendapatan untuk negara dan harus memastikan yang perbelanjaan tidak dibazirkan.
“Dan tidak boleh ada korupsi, jangan politikkan perkhidmatan awam,” katanya pada sidang media di Menara Ilham hari ini.
Bekas menteri kewangan itu berkata Majlis Penasihat sudah mengenal pasti tiga perkara utama yang harus ditingkatkan bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.
“Terdapat tiga perkara penting yang perlu ditingkatkan bagi menambah baik pentadbiran, antaranya adalah keperluan untuk menambah baik kehidupan rakyat dan memastikan ekonomi negara berkembang secara lestari,” kata Daim. – 20 Ogos, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen