SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan pegawai kanan Jabatan Perhutanan Sabah dan bekas ketua Konservator Hutan Sabah, Sam Mannan, lapor Borneo Today.
Pegawai SPRM mengambil keterangan Sam di kediaman beliau di Sandakan.
Suruhanjaya itu turut menyoal siasat seorang daripada timbalan pengarah Jabatan Perhutanan Sabah dan seorang pembantu.
Menurut sumber yang dipetik Borneo Today, beberapa pegawai SPRM juga membuat beberapa serbuan di beberapa lokasi.
Pada 2 Ogos, SPRM mula bertindak ke atas kartel kayu balak paling kuat di Sabah, dengan mengandakan serbuan serentak terhadap tiga syarikat pembalakan di Sandakan dan Tawau.
Ibu pejabat Jabatan Perhutanan begeri juga diserbu.
Menurut sumber, pasukan SPRM ke jabatan tersebut di Sandakan pagi semalam dan dipercayai sedang cuba mendapatkan maklumat mengenai perjanjian pembalakan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.
Ketika serbuan itu dijalankan, Sam sedang menghadiri persidangan di Kuching.
Serbuan itu dijalankan susulan arahan Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal yang melarang eksport balak bagi menghapuskan monopoli satu pihak ke atas industri pembalakan yang berlaku sejak lebih sedekad lalu.
Tindakan keras terhadap pembalakan haram bulan lepas mendedahkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan antara sepuluh pemegang konsesi yang disiasat kerana melanggar udang-undang perhutanan Sabah.
Lebih daripada 40,000 kayu balak bernilai jutaan ringgit dalam bentuk cukai di rampas dari hutan komersial dan hutan simpan di Tongod, Sandakan, Ranau dan Kalabakan antara 5 dan 14 Julai. – 20 Ogos, 2018.
Komen