UMNO dan PAS sudah bersama sejak dahulu lagi dan pilihan raya kecil Seri Setia hanyalah salah satu daripada hubungan ‘sayang-benci’nya.
Presiden parti Islam itu, Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya malam tadi berkata dua parti berkenaan sudah pun ‘bersama’ sejak awal kemerdekaan dan Dr Mahathir Mohamad pernah satu pentas bersama PAS ketika pilihan raya kecil Kapar, Selangor selepas insiden 13 Mei.
“Kami berdiri bersama-sama Umno ketika menggesa kemerdekaan pada 1957. Melaka merupakan negeri pertama di semenanjung yang diduduki oleh kuasa asing kami sama-sama menuntut kebebasan.”
Kali kedua kami di satu pentas yang sama adalah ketika insiden 13 Mei. Dr Mahathir bersama kami di Kapar. Beliau bercakap di pentas kami,” katanya pada satu program ceramah di Lembah Subang.
Hadi berkata kepada kira-kira 200 penyokong PAS dan Umno, kedua-dua parti berkenaan mempunyai pandangan berbeza tentang Melayu dan Islam tetapi dua parti Melayu itu bersetuju untuk mengetepikan perbezaan mereka apabila berkaitan kepentingan nasional.
“Apabila timbul masalah besar, kami bersama atas satu pentas walaupun berlainan ideologi dan politik,” kata Hadi.
Kenyataan Hadi itu malam ini timbul selepas Umno dan PAS bersetuju untuk bekerjasama untuk berdepan Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil.
Dua musuh tradisi itu menjadi rapat antara satu sama lain apabila Barisan Nasional tewas pada pilihan raya umum Mei lalu.
Hadi menegaskan kerjasama amat diperlukan kerana ramai pengundi muda tidak tahu sejarah antara kedua-dua parti itu.
“Orang muda menganggap pilihan raya kecil ini perkara main-main. Tidak ambil serius. Mereka tidak tahu akibatnya, ia menyebabkan mereka menunggu lima tahun lagi,” tambah Hadi.

Terdahulu, calon Seri Setia Dr Halimah Ali berkata, beliau tidak menyokong kleptokrasi mahupun ‘kelentongkrasi’ (pembohongan).
Bekas Adun Selat Klang selama dua penggal itu mengulangi kenyataan bahawa pembangkang yang kuat diperlukan di Selangor bagi memastikan pentadbiran Pakatan Harapan sentiasa disemak.
“Sebagus manapun sesebuah kerajaan, negeri masih memerlukan pembangkang yang kuat untuk memastikan semak dan imbang.”
“Justeru, pengundi Seri Setia perlu mengundi PAS untuk menjadikan pembangkang kuat di sidang Dewan Undangan Negeri,” katanya.
“Bagi pengundi atas agar pada pilihan raya umum lalu undilah saya,” tambahnya.
Dr Halimah turut memberi jaminan beliau akan menggunakan pengalamannya sebagai Adun dan exco untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Saya tahu bagaimana semua berjalan dan kerajaan negeri tak boleh nak kelentong.”
“Pembangkang yang kuat adalah pembangkang yang boleh bekerja untuk rakyat,” kata Dr Halimah.
Dr Halimah merupakan bekas Adun Selat Klang dan merupakan exco pendidikan Selangor ketika pentadbiran menteri besar Abdul Khalid Ibrahim. Beliau merupakan salah seorang daripada empat ahli PAS yang meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri pada 2014 bagi menyokong Khalid.
Beliau bertanding kali pertama di Selat Kelang pada 2014 apabila tewas kepada calon Umno Norliza Ahmad. Beliau kemudiannya kembali menewaskan Norliza pada pilihan raya umum 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada 2014. – 20 Ogos, 2018
Komen