KERAJAAN berharap dapat menjual kapal pesiar mewah Equanimity dengan harga RM500 juta selepas prosiding mahkamah berhubung hak pemilikan kapal tersebut selesai, kata menteri Sivarasa Rasiah.
“Kami harap dapat jual (Equanimity) dengan harga RM500 juta. Ia dibeli dengan harga RM1 bilion dan semua pun tahu harga akan jatuh selepas itu,” katanya pada persidangan undang-undang di Kuala Lumpur hari ini.
Tambah Sivarasa hasil jualan itu akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB. – 17 Ogos, 2018.
Komen