100 hari perintah, Pakatan telus, kuasa seimbang, kata penganalisis


Looi Sue-Chern

Bagaimanapun, penganalisis politik berkata PH perlu menunjukkan kemajuan yang lebih besar dalam memenuhi janji pilihan rayanya dan bukan hanya menuding jari serta memberi alasan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Ogos, 2018.

PENERAPAN pembaharuan bagi meningkatkan tahap ketelusan dan keseimbangan kuasa antara parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) menonjol apabila masuk 100 hari pentadbiran gabungan itu, kata penganalisis.

Bagaimanapun, mereka berkata PH perlu menunjukkan kemajuan yang lebih besar dalam memenuhi janji pilihan rayanya dan bukan hanya menuding jari serta memberi alasan.

Prestasi  melebihi paras sederhana

Pensyarah sains politik di Universiti Islam Antarabangsa (UUIM), Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata, memandangkan PH tidak jangka akan mewarisi hutang RM1 trilion daripada kerajaan terdahulu, prestasi gabungan itu “mengagumkan”.

Penganalisis politik berkata sumbangan PH yang paling penting ialah meningkatkan tahap ketelusan dalam situasi ekonomi dan pembuatan dasar.

Tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan jumlah hutang negara sebanyak RM1 trilion dan membuka semula siasatan terhadap skandal 1MDB pada awalnya “menakutkan”, tetapi ini penting dalam mewujudkan ketelusan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Ali Salman.

“Walaupun ketelusan itu menakutkan pelabur, ini penting supaya rakyat tahu bagaimana cukai mereka digunakan sebelum ini,” katanya.

Dr Denison Jayasooria dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berkata agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Pejabat Pendakwa Raya dan Jabatan Audit Negara yang diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen merupakan langkah besar dalam usaha membawa pembaharuan dalam intitusi-institusi ini. 

“Setakat ini, kerajaan berpegang kepada janji dalam memperkenalkan pembaharuan, memeriksa kuasa perdana menteri yang kini tidak boleh lagi memegang dua portfolio dalam Kabinet, mengkaji semula jabatan kerajaan, menerapkan tadbir urus yang lebih baik dan pengurusan kewangan yang lebih cermat termasuk mengurangkan hutang,” Denison memberitahu The Malaysian Insight. – 17 Ogos, 2018. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen