DUIT yang dicuri dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mungkin akan mengambil masa selama bertahun-tahun untuk didapatkan semula memandangkan prosiding undang-undang hanya akan bermula sebaik sahaja perbicaraan selesai, kata seorang pendakwa raya kerajaan.
Berucap pada persidangan undang-undang hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Thangavelu A. Suppiah yang bekerjasama dengan penyiasat berkenaan kes 1MDB berkata tidak rasa kes itu akan mengambil masa sembilan tahun.
“Dalam perkara melibatkan jenayah, anda masih perlu membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Bagaimana hakim akan terima himpunan fakta yang tidak lengkap?”
“Setahu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), mereka melakukan yang terbaik. Mereka mahu kes ini disiasat secepat mungkin,” katanya pada Persidangan Undang-undang Antarabangsa Malaysia, hari ini. – 17 Ogos, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen