Rakyat Sabah masih menanti pelaksanaan janji 'tawaran baru' Pakatan


Jason Santos

Kegagalan Pakatan Harapan paling terserlah apabila dilihat cuba melengah-lengahkan tuntutan royalti minyak Sabah sebanyak 5% hingga 20%. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Ogos, 2018.

ROYALTI minyak, kos sara hidup yang tinggi dan janji untuk mengangkat isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah antara perkara yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Sabah terhadap Pakatan Harapan (PH), yang genap 100 hari mentadbir Putrajaya hari ini.

Bagi kebanyakan mereka, kegagalan PH paling terserlah apabila dilihat cuba melengah-lengahkan tuntutan royalti minyak Sabah sebanyak 5% hingga 20%.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku yang juga aktivis MA63 Dr Jeffrey Kitingan berkata PH berdolak-dalik berhubung tuntutan royalti minyak dengan memainkan isu bayaran berdasarkan pengeluaran kasar atau keuntungan.

Katanya PH hanya membangkitkan isu itu sekarang, dan bukannya sebelum pilihan raya, kerana mereka tidak jujur.

“Sudah tentu, pengiraan royalti minyak harus berdasarkan pengeluaran kasar, tetapi (Perdana Menteri) Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata bayaran tersebut berdasarkan keuntungan.

“Apa maksudnya? Mereka membuat tafsiran sendiri berhubung perkara itu, sedangkan seluruh dunia mempunyai tafsiran yang jelas mengenai royalti,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Ekoran itu, kata Jeffrey peluang untuk rakyat Sabah melihat PH melaksanakan janji lain seperti mengangkat isu berkaitan MA63 mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

“Mungkin kita perlu ucap selamat tinggal kepada semua janji-janji pilihan raya mereka,” katanya. – 17 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen