WALAUPUN kerajaan Barisan Nasional Sabah yang berkuasa dikalahkan pada pilihan raya umum Mei lalu namun tugas sebenar bagi Parti Warisan Sabah baru sahaja bermula.
Apatah lagi dengan presiden Warisan yang juga ketua menteri Shafie Apdal mengakui pakatan pemerintah yang diterajuinya terdiri daripada Pertubuhan Pasok Momogun KadazanDusun Murut Bersatu dan Pakatan Harapan mewarisi beban yang ditinggalkan oleh kerajaan BN sebelum ini.
“Apa yang boleh saya katakan, ia bukannya mudah. Saya fikir ketika saya mengambil alih, ada duit cukup yang cukup, ada lebihan rizab, namun apabila Dr Mahathir memberitahu saya kamu akan menemui sesuatu yang diluar jangka, saya sendiri rasa terkejut,” katanya ketika ditanya bagaimana perkembangan kerajaan baharu setakat ini.
Kerajaan negeri Warisan-PH-Upko akan mencapai 100 harinya pada 21 Ogos.
Menggunakan sebaiknya sumber yang ada, Shafie sedia maklum kerajaan yang dterajui Warisan itu telah mendapat pencapaian baharu.
Ini termasuk untuk menubuhkan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan dan Pendidikan dan Kementerian Inovasi, mengenakan eksport log sementara, dan memperbaharui jabatan perhutanan dan air.
Dengan ini, Shafie juga berjanji akan mengumumkan lebih banyak inisiatif sebaik sahaja kerajaan yang diterajui Warisan mencapai 100 hari. – 16 Ogos, 2018
Berita penuh di sini.
Komen