Kini terpulang kepada Singapura berhubung HSR, kata Azmin


Kamles Kumar

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali berkata, perbincangan sudah dibuat dengan Singaura berhuung pendirian Malaysia terhadap projek HSR. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Ogos, 2018

MALAYSIA sudah menyatakan keputusannya kepada Singapura berhubung projek Landasan Kereta Api laju (HSR) dan sedang menunggu maklum balas daripada negara jiran itu, kata Azmin Ali.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata beliau sudahpun membentangkan mandat kabinet Malaysia kepada Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan minggu lalu dan sedang menunggu maklum balas.

“Saya ke sana untuk membentangkan mandat kabinet berhubung HSR. Saya gembira menteri berkenaan mengambil perhatian tentang negara kita.

“Tetapi, yang pastinya beliau perlu jelaskan dan membincangkannya dengan kabinet mereka. Kita perlu buat susulan untuk perbincangan lanjut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Azmin bagaimanapun tidak mendedahkan pendirian Malaysia berhubung projek berkenaan namun berkata ia tidak adil kepada Singapura sekiranya beliau bercakap tentangnya.

“Ianya sama ada mereka boleh setuju dengan cadangan kita. Cadangan sudah dibentangkan kepada mereka dan biar mereka berboncang mengenainya,” katanya.

Tambah timbalan presiden PKR itu,  Singapura perlu memberi perhatian kepada keadaan kewangan yang dihadapi Malaysia, yang dakwa beliau kementerian di negara itu sedia maklum mengenainya.

Beliau juga berkata Singaura dan Malaysia sudah membelanjakan sejumlah wang ke atas projek HSR yang akan memberi kesan kepada kedua-dua pihak.

“Itu juga dibincangkan dan menteri berkenaan menyatakan kebimbangan mereka dengan jumlah yang telah mereka belanjakan dalam beberapa bulan lalu. Kita juga turut membelanjakan wang, kita telah tubuhkan jawatankuasa untuk melihat semula perkembangan HSR,” kata Azmin.

Azmin dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dengan Khaw di Putrajaya esok bagi perbincangan selanjutnya. – 16 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen